Perbezaan antara semakan "Aparteid"

17 bait ditambah ,  16 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
k (robot Adding: lt, ru, id, af, ca, sl, nds)
Dasar ini telah dilaksanakan dalam beberapa siri [[undang-undang]] perkauman di Afrika Selatan antara tahun 1948 hingga 1991. Dibawah dasar ini, [[rasisme]] telah dibenarkan dan ia menyentuh segala aspek kehidupan termasuklah larangan [[perkahwinan]] antara kulit putih dengan bukan kulit putih, tempat larangan untuk bangsa bukan kulit putih dan pekerjaan yang dikhaskan untuk orang berkulit putih sahaja. Kaum kulit hitam telah dipindahkan secara beramai-ramai ke beberapa buah "negara" yang dipanggil [[bantustan]] atau "homelands", supaya mereka hilang hak mengundi dan hak kerakyatan yang lain. Tindak-tanduk regim Apartheid jelas sekali bertentangan dengan prinsip-prinsip [[hak asasi manusia]].
 
Pada 1950, Akta Pendaftaran Penduduk menghendaki semua penduduk Afrika Selatan untuk diklasifikasikan kepada tiga kumpulan: putih, hitam (orang Afrika), atau berwarna (darah campur). Kumpulan berwarna termasuklah kumpulan [[India]] dan [[Asia]]. Jabatan Dalam Negeri adalah bertanggungjawab dalam menentukan klasifikasi ini dilaksanakan. Mereka yang menentang undang-undang perkauman akan dikenakan hukuman yang teruk. Semua penduduk kulit hitam mestidiwajibkan membawa buku pas atau "pass book" sejenis [[kad pengenalan]] yang mengandungi cap jari, foto dan maklumat lain untuk memasuki kawasan bukan kulit hitamputih. Peristiwa berdarah di [[Sharpeville]] pada Mac, 1960 adalah disebabkan penentangan warga kulit hitam dengan undang-undang tersebut. Lebihkurang 69 pemberontak terkorban sewaktu rusuhan itu.
 
Dasar apartheid akhirnya dimansuhkan pada 1994 apabila [[Nelson Mandela]] menjadi presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan. Namun demikian sehingga ke hari ini, kesan dasar tersebut telah mengakibatkan jurang pendapatan yang sangat ketara di antara kaum kulit putih dengan kulit hitam di negara ini.
Pengguna awanama