Jenayah siber: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Jenayah Siber. Mengapa sukar dibendung
 
Kemunculan Internet sebagai [[alat komunikasi]] terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan [[ilmu]] dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta [[laman web]] telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat (sama ada benar atau salah), idea, ideologi, [[propaganda]] dan tidak kurang juga [[pornografi]] disebarkan melalui [[Internet]].
 
Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi pihak [[pentadbir]] sesetengah [[negara]] yang selama ini mahu mengongkong kebebasan bersuara, berfikir dan berpendapat penduduk mereka.
 
==Kecanggihan Internet - kemampuannya mengatasi sempadan geografi==
Keupayaan Internet sebagai [[alat komunikasi]] jauh mengatasi alat-alat komunikasi yang ada sekarang. [[Percetakan]], [[telefon]] dan [[televisyen]] telah berzaman memainkan alat yang penting dalam [[media]] untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai. Namun, bahan-bahan media ini penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif seperti [[Internet]]. Ini membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malah kebanyakan [[negara]] mempunyai peruntukan [[undang-undang]] yang mengawal [[percetakan]] dan kandungan televisyen. Di Malaysia contohnya, sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang sah. Peruntukan [[undang-undang]] yang sedia ada seperti Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988, Akta Hasutan 1948, [[Akta Rahsia Rasmi 1972]] membataskan maklumat-maklumat yang boleh dicetak dan diedarkan kepada orang ramai
 
Bahan media yang tradisional juga dibatasi oleh had geografi. Penyebaran [[buku]], [[makalah]] dan [[surat khabar]] memerlukan kos, tenaga manusia, [[infrastruktur]] jalan dan kemudahan [[kenderaan]]. Kesemua faktor ini membataskan penyebaran maklumat dan pada masa yang sama memudahkan pengawalan maklumat.
 
Perbezaan antara [[Internet]] dan bahan media yang sedia ada amatlah nyata kerana Internet adalah satu platform yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta pengguna dan pengkaji selidik dari seluruh dunia. Internet memungkinkan seseorang menyebarkan maklumat dan berinteraksi dengan orang lain yang mungkin beribu-beribu batu jauhnya.
 
 
==Perlukah internet dikawal selia==
 
Pengawal seliaan bahan-bahan media dan cetak adalah satu praktis yang sudah lumrah di [[negara]] membangun dan juga di kebanyakan negara maju. Dengan perkembangan [[Internet]], timbullah tanda tanya sama ada Internet harus dikawal selia atau tidak.
 
Namun pihak [[kerajaan]] [[Malaysia]] mengambil langkah yang positif untuk tidak menapis dunia siber. Ini termaktub dalam rang undang-undang jaminan yang dijanjikan oleh kerajaan Malaysia dengan syarikat-syarikat [[Koridor Raya Multimedia]]. Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga mengisytiharkan bahawa tiada suatu pun peruntukan di bawah akta tersebut yang membenarkan sebarang penapisan maklumat berlaku.
 
Prinsip ini adalah berdasarkan pendapat bahawa pengawalan maklumat hanya akan memberikan kesan yang negatif kepada perkembangan teknologi komunikasi yang canggih ini.
 
Ini berbeza sekali dengan sesetengah negara yang mengambil pendirian yang jauh lebih agresif. Negara-negara seperti [[Cuba]] dan [[China]], mengamalkan penapisan maklumat secara total atau separa. Mereka menganggap kandungan yang dibawa di dalam Internet sebagai ancaman ideologi kepada penduduk mereka. Mereka lebih suka penduduk mereka pasif, buta dan tidak celik kepada maklumat dan perkembangan dunia terkini.
 
Banyak juga negara yang bersikap sederhana dan menapis hanya maklumat yang mungkin merosakkan fikiran orang awam.