Quincy: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Virtual ailee (bincang | sumb.)
Baris 26:
 
==Pertarungan==
Tidak seperti ''shinigami'' yang menggunakan kuasa semangat dalaman untuk bertarung, Quincy menyerap tenaga semangat daripada persekitaran. Mereka biasanya menyerap tenaga semangat daripada atmosfera dan dapat berbuat demikian dengan lebih mudah di kawasan yang tepu dengan zarah-zarah semangat seperti [[Soul Society]] dan [[Hueco Mundo]]. Kepada seorang Quincy berkemahiran tinggi, kedua-dua zarah semangat dan tenaga semangat boleh bertindak sebagai sumber kuasa. Quincy juga boleh menggunakan tenaga yang dikumpul oleh mereka atau menggunakan tiub perak yang diisi dengan tenaga semangat (''gintō'') untuk melakukan pelbagai teknik offensif, sokongan dan pertahanan seperti [[''kidō'']] ''shinigami''.
 
Kuasa Quincy boleh dipertingkat dengan menggunakan sarung tangan ''sanrei'' (散霊). Seseorang Quincy perlu menjalani latihan intensif selama seminggu untuk menggunakan sarung tangan itu. Ia beroperasi dengan menolak zarah semangat. Sebagai akibatnya, Quincy itu menghadapi kesukaran dalam menyeru busurnya. Quincy yang berjaya menggunakan kuasa mereka dengan memakai sarung tangan ini dapat meninggikan keupayaannya dengan drastik. Latihan ini juga merupakan asas kepada bentuk terakhir Quincy.