Hollow dalam Bleach: Perbezaan antara semakan

rencana senarai Wikimedia
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Virtual ailee (bincang | sumb.)
Laman baru: Berikut ialah senarai nama watak dalam siri anime dan manga ''Bleach'' yang merupakan hollow atau arrancar. ==Hollow== * '''Fishbone D''' (フィッシュボーン, ''Fissh...
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 03:27, 12 Oktober 2007

Berikut ialah senarai nama watak dalam siri anime dan manga ''Bleach'' yang merupakan hollow atau arrancar.

Hollow

  • Fishbone D (フィッシュボーン, Fisshubōn Di)

Merupakan hollow yang menyerang Klinik Kurosaki pada permulaan Bleach. Dia kelihatan seperti gabungan seorang manusia dan ikan. Rohnya disucikan oleh Kurosaki Ichigo yang baru sahaja menjadi seorang shinigami.

  • Acidwire (アシッドワイアー, Ashiddowaiā)

Merupakan hollow berbentuk ular yang dahulunya ialah abang kepada Inoue Orihime, Sora. Personaliti dan perikemanusiaannya terpulih selepas sebahagian daripada topengnya dipecahkan oleh zanpakutō Ichigo. Dia mendapat namanya bersempena dengan kebolehannya untuk meluahkan asid.

  • Shrieker (シュリーカー, Shurīkā)

Merupakan hollow berupa kelawar atau katak yang menyerang Sado Yasutora selepas Sado membela seekor burung kakak tua yang dirasuk oleh roh seorang budak lelaki. Shrieker boleh terbang dan mengawal makhluk-makhluk kecil. Makhluk-makhluk ini boleh memuntahkan lintah dari kepala masing-masing yang akan melekapkan dirinya pada apa-apa objek yang dihinggapnya. Dengan menggetarkan lidahnya yang berbentuk garpu tala, Shrieker boleh menyebabkan lintah-lintah tersebut meletup. Ibu kepada roh budak lelaki tersebut dibunuh oleh Shrieker (hal ini dijelaskan oleh Shrieker apabila dia mengakui dirinya sebagai seorang pembunuh bersiri semasa dia hidup). Kini, dia menggunakan budak tersebut sebagai umpan untuk membunuh mana-mana shinigami yang ingin membawa rohnya ke Soul Society. Ganjaran untuk membunuh Shrieker adalah sebanyak 5000 kan (mata wang shinigami). Dia dihantar ke Neraka dan bukannya Soul Society kerana zanpakutō hanya boleh membersihkan dosa yang dilakukan oleh roh sebagai hollow, dan bukannya manusia.

  • Bulbous G (バルバス, Barubasu Ji)

Merupakan hollow bersaiz besar dan kombatan jarak dekat yang mempunyai topeng bermotifkan singa. Dia ditewaskan oleh Sado selepas Sado membangkitkan kuasa terpendamnya untuk melindungi adik Ichigo, Kurosaki Karin.

  • Numb Chandelier (ナムシャンデリア, Namu Shanderia)

Merupakan hollow betina yang berupa seekor sotong kurita. DIa tidak suka bertarung dan lebih gemar terapung-apung jauh daripada sasaran pihak lawan. Dia menyerang dengan menembak senjata seakan-akan benih untuk mengambil alih fungsi tubuh manusia yang menjadi targetnya. Dia juga boleh menembaknya benih-benih itu seperti torpedo. Numb Chandelier ditewaskan oleh Inoue Orihime selepas dia membangkitkan kuasa terpendamnya untuk melindungi Arisawa Tatsuki.

  • Metastacia (メタスタシア, Metasutashia)

Merupakan subjek kajian Aizen Sōsuke beberapa tahun sebelum permulaan jalan cerita Bleach. Dia mempunyai kebolehan untuk memusnahkan zanpakutō sekali setiap malam apabila seorang shinigami menggarap tentakelnya. Dia juga berupaya merasuk mana-mana shinigami untuk mengambil alih tubuhnya serta memakan mereka daripada dalam untuk membentuk semula diri originalnya.

Metastacia mengambil alih badan Miyako (isteri kepada Shiba Kaien) dan menggunakannya untuk membunuh ahli pasukannya sebelum memakannya. Apabila Kaien bertarung dengan Metastacia, dia juga turut dirasuk olehnya. Hal ini memaksa Kuchiki Rukia untuk membunuh hollow tersebut. Tetapi, Metastacia telah direka untuk pulang ke Hueco Mundo selepas dibunuh supaya dia boleh dianalisa. Tetapi, pada ketika itu dia masih bersatu dengan Kaien. Maka, mereka berdua menjadi satu entiti tunggal. Beberapa lama kemudian, makhluk ini dimakan oleh Aaroniero Arleri. Sebagai akibatnya, Aaroniero memperoleh kebolehan Metastacia dan Kaien.

  • Bawabawa (バワバワ)

Merupakan hollow ulat gergasi yang mempunyai topeng seperti pinggan di atas kepalanya. Dia bertindak sebagai haiwan peliharaan dan pengangkutan kepada Pesshe, Dondo Chakka dan Nel Tu. Ia tidak dapat hidup tanpa pasir. Oleh sebab itu, Bawabawa tidak dapat mengikut Bel dan lain-lain ke dalam Las Noches.

  • Lunuganga (ルヌガンガ, Runuganga)

Merupakan hollow gergasi yang terdiri daripada pasir. Kepalanya seakan-akan sebuat istana pasir. Ia ialah penjaga kepada Pasir Putih yang bertindak di bawah arahan Las Noches. Oleh sebab ia terdiri daripada pasir, ia imun kepada sebarang serangan fizikal tetapi lemah terhadap air. Maka, ia dapat dikalahkan oleh Rukia dengan mudah; zanpakutō Rukia berelemen ais.

  • Pesshe Gatiishe (ペッシェ・ガティーシェ, Pesshe Gatīshe)