Jerantut: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 9:
 
===Gunung Benom & Gunung Senyum===
Selain dari Taman Negara, pengunjung yang menyukai aktiviti lasak boleh mendaki [[Gunung Benom]] yang terletak di Banjaran Benom yang mempunyai ketinggian 2107 m. Gunung Benom ini adalah gunung yang kedua tertinggi di Negeri Pahang ini selepas [[Gunung Tahan]]. Gunung Benom mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Pengunjung boleh menuju ke perkampungan Ulu Cheka untuk memanjat gunung ini. Apa yang menarik tentang Banjaran Benom ini ialah di sebelah belakang banjaran ini terletak daerah [[Raub]]. Selain itu [[Gunung Senyum]] yang terletak di [[Kampung Gunung Senyum]] dan berdekatan dengan [[FELDA Jengka 25]], iaitu salah sebuah tanah rancangan FELDA dalam Gugusan [[Jengka]], juga sesuai untuk aktiviti lasak ini dijalankan.
 
===Gua Kota Gelanggi===