Shakti: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kurniasan (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Kurniasan (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 2:
Dalam [[Hinduisme]], '''Shakti''' {{IPA-sa|ˈʃəkt̪ɪ}} ([[Aksara Dewanagari|Dewanagari]]: शक्ति; daripada [[bahasa Sanskrit|Sanskrit]] ''shak'', "mampu"), juga dieja sebagai '''Sakti''', bermaksud "Kuasa Ketuhanan". Terdapat ribuan nama-nama berlainan untuk Shakti dan setiap satunya mempunyai keunikannya tersendiri. Antara namanya yang popular ialah Durga, Parvati, dan Kali.
 
Penganut-penganut Shakti dikenali sebagai Śākta. Agama dan falsafah Śākta terkandung dalam [[Tantra]] atau Śāktāgama. Āgama merupakan suatu kelas khas kesusasteraan Hindu yang berkaitan dengan penyebaran mazhab-mazhab tertentu yang berpusatkan beberapa orang dewa. Kebiasaannya, terdapat tiga kumpulan utama iaitu, Śaivāgama (penyembahan [[Mahadeva|Śiva]]), Śāktāgama (penyembahan Śakti) dan Vaiṣṇavāgama (penyembahan [[Maha Vishnu|Viṣṇu]]).
 
Alam semesta yang kita lihat dan rasakan adalah suatu bungkusan tenaga, yang terbuka dan terbungkus. Inilah yang ditemui oleh sains moden. Penemuan sains ini telah menghapuskan perbezaan antara jirim dan tenaga. Menurut sains, terdapa suatu tenaga asas di sebalik semua jirim dan tenaga. Namun, sains masih belum menemui perhubungan antara jirim, minda dan nyawa. Adakah ketiga-tiga ini, meskipun amat berlainan, ialah sebenarnya manifestasi tenaga asas yang sama? Mungkinkah tenaga atau jirim yang sama, pada suatu tahap getaran, dipanggil sebagai 'jirim', dan pada tahap yang lain dikenali sebagai 'minda' dan pada tahap yang lain pula sebagai 'nyawa'? Ahli sains moden yang masih berpegang kepada dunia fizikal, mungkin masih belum bersedia untuk memikirkan tentang ini! Namun, falsafah Hindu, berdasarkan Vedānta dan beberapa kumpulan yang berdasarkan Vedānta dan lebih dikenali sebagai Tantra, sebenarnya menyarankan perkara ini!