Jawaharlal Nehru: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 93 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q1047
Samuel Dass (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 30:
| child=[[Indira Gandhi]] }}
 
'''Jawaharlal Singhi Nehru''' ({{lang-hi|जवाहरलाल नेहरू}}, {{IPA2|dʒəvaːhərlaːl nehruː}}, dari [[bahasa Parsi]] ''Javâher-e La'al'' yang bermaksud "Permata Merah") ([[14 November]] [[1889]] – [[27 Mei]] [[1964]]) ialah seorang pemimpin politik [[Kongres Kebangsaan India]], seorang tokoh yang penting dalam [[gerakan kemerdekaan India]] dan [[Perdana Menteri India|Perdana Menteri]] pertama [[India]] yang merdeka. Beliau juga merupakan tokoh penting dalam politik antarabangsa pada zaman selepas perang dunia, dan merupakan salah seorang tokoh pengasas [[Pergerakan Berkecuali]]. Nehru yang juga digelar '''Panditji''' (''Sarjana'') ini juga meupakan penulis, sarjana dan ahli sejarah amatur, dan bapa kepada [[keluarga Nehru-Gandhi]], salah satu kuasa paling berpengaruh dalam [[politik India]].
 
Anak kepada [[barrister]] dan ahli politik India terkenal [[Motilal Nehru]] ini pernah menjadi salah seorang pemimpin termuda [[Kongres Kebangsaan India]]. Nehru bangkit di bawah bimbingan [[Mahatma Gandhi]], Nehru menjadi seorang pemimpin berkarisma dan radikal yang mendukung kemerdekaan penuh daripada [[Empayar British]]. Sebagai seorang ikon untuk belia India, Nehru juga mendukung [[sosialisme]] sebagai salah satu cara menangani cabaran negara yang lama. Ketika berkhidmat sebagai Presiden Kongres, Nehru mengibarkan bendera India merdeka di [[New Delhi]] pada [[15 Ogos]] dan memegang jawatan perdana menteri, begitu juga anak perempuan beliau [[Indira Gandhi|Indira]] dan cucu-cucu beliau [[Rajiv Gandhi|Rajiv]] dan [[Sanjay Gandhi|Sanjay]].