Sam Bunkface: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kyra Zahirah (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 24:
Sam dilahirkan di England namun sejak umur lima tahun dia sudah kembali ke Malaysia. Anak kacukan British (sebelah ibu) dan Melayu (bapa) ini juga berbakat untuk diketengahkan di dalam bidang komersial. Namun adiknya, [[Siti Saleha]] lebih dahulu diberikan peluang untuk beraksi dalam arena komersial. Adik perempuannya itu kemudian mencipta nama dalam bidang lakonan di televisyen menerusi drama ''Lima Jingga''.
 
Ketika usia belasan tahun kedua ibu bapanya telah bercerai, dan sejak itu Sam dibesarkan oleh bapanya di [[Klang]], [[Selangor]]. Dibesarkan dengan budaya Melayu, Sam dianggap sebagai seorang pemuda yang sangat merendah diri, menghormati orang tua, dan patuh kepada agama. Kerana minatnya dalam bidang muzik, Sam pernah bekerja di Secret Recipe di Bukit Tinggi, Klang semata-mata ingin mengumpul duit membikin album.
 
==Bunkface==