GST (Malaysia): Perbezaan antara semakan

 
===Pasaran gelap===
Pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) merupakan satu daripada cara untuk membanteras kewujudan aktiviti [[pasaran gelap]] (''black market''). Di bawah CBP, hanya peniaga yang mempunyai rekod jualan dan pembelian yang dikemas kini sahaja layak untuk mendapat pelbagai kemudahan seperti menuntut cukai input dan membuat pinjaman bank. Jika sudah mendaftar CBP tetapi membeli daripada pasaran gelap, mereka bukan sahaja tidak layak menuntut apa-apa cukai input tetapi turut meningkatkan kos perniagaan. Di bawah CBP, transaksi semua jualan dan belian mestilah direkodkan dan penyimpanan invois dan resit sangat penting.
 
Hakikatnya, CBP membantu peniaga memperbaiki sistem rekod penjualan dan pembelian agar lebih efisien. Ini dapat memudahkan mereka mengenal pasti kos sebenar yang ditanggung dan keuntungan sebenar yang diperolehi.
Dakwaan CBP mengurangkan kuasa beli rakyat, adalah tidak benar kerana majoriti barang makanan asas dan perkhidmatan kritikal tidak dikenakan CBP. CBP yang ditetapkan hanya pada kadar enam peratus bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang kadar keseluruhan 16 peratus, adalah rendah.
 
Tambahan lagi, peniaga yang telah berdaftar di bawah CBP layak menuntut balik cukai input yang dibayar. Ini dapat mengurangkan kos dalam menjalankan perniagaan dan mengimbangi harga barang dan perkhidmatan di pasaran.
 
Pihak yang menentang sistem cukai ini secara tidak sedar bersubahat untuk melindungi pasaran gelap dan peniaga dan seluruh rantaian pembekalan yang penipu.
414

suntingan