Nordin Ahmad: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 28:
 
==Penglibatan dan Kerjaya Seni==
Penglibatan beliau bermula apabila beliau berkerjabekerja sebagai kerani di pangkalan tentera udara Inggeris di Seletar, [[Singapura]] pada [[1951]] dan tidak menyimpan hasrat berlakon sehingga melihat iklan mencari pelakon-pelakon baru di [[Utusan Melayu]]. Atas dorongan rakan-rakan beliau menerima jemputan uji bakat bersama [[Malay Film Productions Ltd.]] (MFP) tetapi gagal. Pengarah [[S. Ramanathan]] yang mengujinya berpendapat Nordin tidak mampu berlakon.
 
Nordin menerima tawaran berkerjabekerja sebagai buruh kasar di studio MFP dengan harapan dapat menjadi pelakon satu hari kelak. Beliau muncul di beberapa filem termasuk ''Rayuan Sukma'' dan ''Juwita'' sebagai pelakon tambahan tanpa dialog. Pengarah [[Haji Mahadi]] mengambil Nordin menjadi perlakon utama ''[[filem Permata di Perlimbahan]]'' berganding dengan [[Maria Menado]] tetapi filem itu tidak laris. Akibatnya, Nordin terpaksa menjadi pelakon tambahan semula. Biarpun begitu dia mencekalkan semangat dan tidak berputus asa.
[[Imej:NordinAhmadSemerahPadi.jpg|thumb|left|200px|Teruna (Nordin Ahmad) dalam filem Semerah Padi 1956]]
Rakan Nordin, [[P.Ramlee]]lah yang menjayakan karier Nordin apabila menawarkan beliau berlakon watak Teruna bertentang Aduka yang dilakonkan oleh P. Ramlee dalam filem [[Semerah Padi]] pada tahun 1956. Kejayaannya sebagai Teruna melonjakkan namanya sebagai seorang bintang filem. NordinSebaik diambilsahaja daritamat studiokontraknya bersama MFP, pada 31 Disember 1956, maka Nordin Ahmad mula diambil oleh [[Cathay-Keris Film Productions]] dengan tawaran lumayan dan menjadi kesayangan Cathay.
 
Pengarah-pengarah berlumba-lumba untuk mengambilnya membintangi filem mereka. Disamping jalan cerita yang menarik dan pengarahan yang bagus, Nordin Ahmadlah elemen penting dalam kejayaan filem-filem Cathay Keris seperti [[filem Hang Jebat]] arahan Husain Haniff, [[filem Cucu Datuk Merah|Cucu Datuk Merah]] oleh M. Amin dan [[filem Seri Mersing|Seri Mersing]] oleh Salleh Ghani.