Nordin Ahmad: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 28:
 
==Penglibatan dan Kerjaya Seni==
Penglibatan beliau bermula apabila beliau bekerja sebagai kerani di pangkalan tentera[[Tentera udaraUdara InggerisDiraja British]] di Seletar, [[Singapura]] pada [[1951]] dan tidak menyimpan hasrat berlakon sehingga melihat iklan mencari pelakon-pelakon baru di [[Utusan Melayu]]. Atas dorongan rakan-rakan beliau menerima jemputan uji bakat bersama [[Malay Film Productions Ltd.]] (MFP) tetapi gagal. Pengarah [[S. Ramanathan]] yang mengujinya berpendapat Nordin tidak mampu berlakon.
 
Nordin menerima tawaran bekerja sebagai buruh kasar di studio MFP dengan harapan dapat menjadi pelakon satu hari kelak. Beliau muncul di beberapa filem termasuk ''Rayuan Sukma'' dan ''Juwita'' sebagai pelakon tambahan tanpa dialog. Pengarah [[Haji Mahadi]] mengambil Nordin menjadi perlakon utama ''[[filem Permata di Perlimbahan]]'' berganding dengan [[Maria Menado]] tetapi filem itu tidak laris. Akibatnya, Nordin terpaksa menjadi pelakon tambahan semula. Biarpun begitu dia mencekalkan semangat dan tidak berputus asa.
Baris 36:
Pengarah-pengarah berlumba-lumba untuk mengambilnya membintangi filem mereka. Disamping jalan cerita yang menarik dan pengarahan yang bagus, Nordin Ahmadlah elemen penting dalam kejayaan filem-filem Cathay Keris seperti [[filem Hang Jebat]] arahan Husain Haniff, [[filem Cucu Datuk Merah|Cucu Datuk Merah]] oleh M. Amin dan [[filem Seri Mersing|Seri Mersing]] oleh Salleh Ghani.
 
Nordin sendiri ditawar menjadi pengarah pada 1964 dengan filem pertamanya [[Wan Perkasa]] yang tidak bergitubegitu berjaya. Namun begitu peluang mengarah terus diberikan kepadanya melalui filem-[[filem Kasih Ibu]], [[filem Naga Tasek Chini|Naga Tasek Chini]], [[filem Play Boy|Play Boy]], [[filem Kekasih|Kekasih]], Si Murai, [[filem Nafsu Belia|Nafsu Belia]], [[filem Keranda Berdarah|Keranda Berdarah]] and [[filem Lubang Neraka|Lubang Neraka]]. Nordin mengakui bahawa beliau lebih terserlah sebagai pelakon berbanding pengarah.
 
Namun yang pasti, setiap kali menyebut nama Nordin Ahmad, peminat akan terus teringat adegan-adegan dan dialog-dialog yang menjadi klasik filem-filem Melayu sepanjang zaman seperti dalam filem Seri Mersing arahan Allahyarham Salleh Ghani dengan dialog berpantun ; "Kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang saya mengkuang layu, dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang saya musafir lalu." Dalam [[filem Gurindam Jiwa]] (1966) Nordin berganding dengan [[Latifah Omar]] mendendangkan lagu Gurindam Jiwa dengan rangkap "Tuai padi antara masak, esok jangan layu layuan, intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan".