SpongeBob SquarePants: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 29:
Haiwan peliharaan SpongeBob ialah seekor [[siput babi]] bernama [[Gary Si Siput|Gary]], yang "mengiau" seperti kucing. Meskipun tidak boleh bercakap (kecuali dalam beberapa episod), watak-watak lain kelihatan mampu memahaminya. Tambahan pula, cacing lautan menyalak seperti anjing dan dirantai. Obor-obor disamakan dengan lebah; bunyi desas-desus, sengatan bisa (tetapi kelihatan seperti kejutan elektrik), dan menghasilkan "jeli" yang lazat, memperolok-olok nama "jellyfish" sambil membandingkan jeli dengan madu lebah. Ikan berperanan sebagai warga kota tetapi tidak dijadikan watak penting.
 
SpongeBob yang penyerap, kuning, dan berliang ini, bekerja sebagai tukang goreng di [[Krusty Krab]], sebuah restoran [[makanan segera]], iaitu berkongsi tempat kerja dengan Squidward yang menjadi juruwang. Krusty Krab dimiliki Eugene H. Krabs (Mr. Krabs). [[Sheldon J. Plankton]] ialah musuh ketat Krabs yang memiliki sebuah restoran makanan segera bertaraf rendah bernama [[The Chum Bucket]] yang terletak berhadapan Krusty Krab. The Chum Bucket seolah-olah langsung tidak dikunjungi pelanggan, dan Plankton meluangkan kebanyakan masanya untuk merancang untuk mencuri resipi burger [[Krabby Patty]] milik MrEn. Krabs. Plankton hanya berjaya mencuri resipi itu dalam filem; formulanya tidak pernah didedahkan kepada penonton. Isteri komputer Plankton, Karen, kadang-kala membantunya dalam rancangan jahatnya atau bertengkar dengannya.
 
Satu lagi kawan SpongeBob ialah Sandy Cheeks, seekor tupai yang berasal dari [[Texas]] dan tinggal di dalam underwater dome di Bikini Bottom. Dia dihantar ke dalam lautan oleh majikan-majikannya yang berupa cimpanzi. Ketika di luar kubahnya, dia memakai sut seakan-akan angkasawan.