Hinduisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 471:
* Adakah lembu seekor binatang suci? Segelintir orang barat berpendapat bahawa orang Hindu tidak memakan daging lembu kerana menganggapnya sebagai binatang suci. Menurut agama Hindu, Tuhan wujud dalam segala-galanya. Meskipun Tuhan wujud dalam segala-galanya, manifestasinya tidak sama dalam semua benda. Manifestasi Tuhan dalam seorang wali atau Jelmaan Tuhan adalah lebih kuat. Manifestasi Tuhan adalah kurang dalam manusia biasa, dan tidak ketara dalam binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidupan lain. Manifestasi Tuhan paling kurang dalam benda-benda bukan hidup seperti batu-batan. Maka, Tuhan sesungguhnya wujud dalam lembu juga. Jika tidak, ini akan bertentangan dengan idea bahawa Tuhan ialah Maha Wujud. Jika Tuhan Maha Suci, maka segala-galanya juga suci.
 
== KUILKuil ==
 
=== Asal-usul ===
Baris 489:
=== Peranan Kuil dalam Masyarakat Hindu ===
Lawatan ke kuil bukan sesuatu yang wajib untuk orang-orang Hindu. Biasanya, di setiap rumah orang Hindu terdapat sebuah kamar atau tempat sembahyang. Oleh itu, hanya semasa upacara perayaan agama, biasanya orang Hindu melawat kuil. Akibatnya, kuil-kuil tidak mempunyai sebarang kawalan terhadap penganut-penganut Hindu. Namun, kuil-kuil Hindu biasanya mengadakan kirtana (nyanyian lagu-lagu suci) atau ceramah agama untuk orang ramai.
 
== Kebudayaan ==
Masyarakat Hindu di Malaysia telah mendirikan kuil sesuai dengan agama, amalan dan kepercayaan mereka yang dibawa dari India. Mereka membina kuil-kuil pelbagai saiz dan rupa di ladang-ladang dan kediaman mereka tanpa sebarang sekatan sebelum dan selepas merdeka. Tetapi segala pembinaan tempat ibadat ada prosedeurnya tersendiri. Begitu juga dengan kuil, dimana akan diadakan upacara yang amat ditunggu- tunggu penganut Hindu, iaitu “kumba abishegham”. “Kumbam” merujuk kepada puncak kuil yang tajam, yang diperbuat daripada kuprum dan adakalanya emas, dan “abishegam” bermakna ‘mandi’ (hanya digunakan untuk upacara keagamaan, bukan kegunaan harian).
 
Asalnya nama Hindu adalah dari pengairan Sungai Indus di negara India, yang kemudian namanya mengalami perubahan sejajar dengan revolusi tamadun ke perkataan ‘Indhus' dan kini disebut secara kini sebagai 'Hindu'. Dalam bahasa Inggeris pula, perkataannya adalah 'Hinduism'.
Agama Hindu adalah asalnya suatu kepercayaan di negara India yang mengaitkan dunia sains, kepercayaan manusia pada luaran dan dalaman, serta dunia akhirat. Sepertimana yang diketahui, agama Buddha juga bersaling kait dengan agama Hindu, bezanya agama Buddha lebih menuju terhadap keamanaan pendirian serta ketidakbezaan sesama manusia. Malah, agama Hindu bukan sebenarnya asal sebagai agama, tetapi sebagai suatu kepercayaan. Hanya kini tanpa menjurus ke kepelbagaian segala agama yang terkandung di bawah kepercayaan Hindu digelar agama Hindu secara keseluruhannya.
 
Bagi agama Hindu pula, yogi - yogi pada masa dahulukala lebih tertumpu kepada menonjolkan kekuasaan kepada alam sekitar dan dengan ajaibnya, mampu mengaitkan dalaman manusia dengan alam sekeliling dengan gerakan dan posisi tangan, iaitu 'mudra'. Secara asasnya dalam ajaran Hindu, jari kita adalah dipercayai untuk mengandungi kuasa-kuasa alam; ibu jari ialah api (fire), jari telunjuk ialah udara (air), diikuti dengan ruangan (space), tanah (earth) dan jari manis merupakan air (water). Perkara – perkara ini nyata menjadi penguasaan serta pengawalan dalaman kita. Contohnya, mudra yang ‘mengaktifkan’ elemen air dapat mengawal kuantiti air dalam badan kita dan mudra tersebut dinamakan Varun Mudra. Inilah bukti ajaran Hindu pada dahulukala selain ajaran meditasi, penyembahan dan menghormati alam serta akhirat. Alangkah hebatnya jika diketahui bahawa yogi – yogi tersebut juga telah mengenal pasti bilangan planet dan fasa bulan 14 hari tanpa sebarang teknologi. Mudra – mudra yang disebutkan kini diekspreskan dalam tarian Bharathanatyam.
 
Ada juga keistimewaan dalam bidang perubatan yang diperkenalkan oleh yogi-yogi, dimana cara perubatan itu digelar "sarahasamruthi" (berasal dari bahasa Sanskrit) yang dispesifikasikan untuk golongan Siddha (golongan yang arif bagaikan gelaran Emeritus zaman dahulukala) dalam perubatan. Golongan tersebut dikenali sebagai Gotra. Golongan tersebut kurang mendapat tandingan dalam sains perubatan dari segi kemajuan pemikiran pada masa tersebut juga, walaupun taraf golongan Mesir dalam bidang perubatan dipandang tinggi. Golongan Gotra telah mampu mendalami sains perubatan sehingga kajian sel-sel manusia, dan akhirnya mengekstrak perkaitan tentang entiti kromosome (chromosomes) di dalam badan manusia, yang dunia sains kini belajar sebagai subjek “Genetics”, “Microbiology” dan “Inheritance”. Namun kemampuan melakukan kajian tersebut tanpa sebarang alatan sains yang canggih seperti yang masih lagi diperkenalkan kini, masih merupakan satu keajaiban serta misteri terhadap kuasa yang luarbiasa mereka. Golongan Grota ini memberi keutamaan kepada anak lelaki sebagai pewaris generasi maka akan cuba untuk mendapatkan anak lelaki melalui perlakuan seks dengan posisi yang betul. Tahulah kita bahawa bukti terhadap pendapat mereka dianggap sedikit kontroversi disebabkan ketiadaan cara untuk pembuktian yang kukuh.
 
Alangkah ajaibnya semasa kita memikirkan cara kajian tersebut dilaksanakan pada dahulukala berbanding zaman sekarang. Juga fakta tentang graviti telah dikeluarkan ideloginya oleh seorang yang menganuti agama Hindu sebelum Sir Issac Newton. Terdapat juga kajian – kajian lain seperti kajian dalam sains bahan, sains makanan, sains yoga dan meditasi dan lain-lain lagi. Katanya pemakanan atas daun pisang sekadar menjadi alternatif untuk pinggan pada masa dahulukala, malah tahukah kita tujuan sebenarnya adalah untuk mengekstrak klorofil pada daun pisang, agar kita dapat menikmati kebaikannya. Malah kini, “patent rights” dan kehormatan telah menuju pihak – pihak yang mengeluarkan air cordial klorofil di pasaran berbanding cara ini.
 
Kesenian dalam agama Hindu tidak apa kurangnya. Contoh yang memang tidak dapat dinafikan oleh warga manusia di setiap sudut dunia ialah seni pertahanan diri dari India iaitu seni ‘silambam’, ‘shoalin’ dan ‘kalaripayattu’. Silambam dan shoalin kini telah menjadi tapak inspirasi kepada seni-seni lain termasuk karate dan taekwondo di Asia Timur, muay-thai di Thailand, silat di Indonesia dan kemudiannya diamalkan di Malaysia, dan juga seni-seni yang menggunakan peralatan seperti kendo, pedang dan ‘fencing’. Gabungan yoga dan seni pertahankan diri telah menanam tunas di masyarakat dimana ‘taichi’ ditemui. Bagi seni ‘kalari’ yang tidak begitu diketahui ramai, ia merupakan gabungan unik antara bidang perubatan dan seni pertahankan diri. Dalam seni pertahankan diri ini, seseorang itu mampu mendahului dengan menjadikan pihak lawan kaku tanpa kecederaan, ‘paralyse’ dan juga mematikan mereka jika terpaksa, sama ada selamanya atau untuk tempoh 10 minit dimana mereka boleh menghidupkan mereka kembali dalam tempoh tersebut. Ia sangat berkait dengan “muay thai” pada hari ini, juga dengan permulaannya dimana setiap anak muridnya harus menyembah kepada Tuhan untuk menjaga keselamatan mereka semasa latihan mahupun penggunaan untuk defensi tersendiri.
 
Tarian yang menjadi tunas kepada agama Hindu ialah ‘bharathanatyam’ (‘natyam’ bermaksud tarian) atau dengan pendeknya digelar ‘bharatham’. Terdapat tarian-tarian lain juga yang berkait rapat dengan “bharatham” seperti odissi, “karagaatam” (menari sambil menyeimbangkan suatu konstruk penyembahan yang tinggi di atas kepala), “kolattam” (membunyikan irama dengan sepasang kayu pendek oleh setiap penari) dan banyak lagi. Yang dipelajari oleh penari Malaysia, Ramli Ibrahim ialah odissi, iaitu tarian yang mengekspreskan suatu cerita dengan perkaitan alam kita yang indah. Inspirasi kepada tarian-tarian ini ialah Tuhan bernama Shiva dengan “natyam”nya. Tarian Shiva digelar sebagai “shivathaandavam” dimana “shiva” merujuk kepada Tuhan Shiva dan “thaandavam” ialah tindakan atau aksi. Sebelum penari-penari memulakan tarian mereka, telah menjadi adat turun temurun untuk menyembah Tuhan Shiva yang akan diletakkanNya di sudut pentas, alangkah bagaikan untuk tontonanNya sebagai Guru juga. Melainkan tarian ini secara sifat keagamaan, untuk hiburan masyarakat dahulukala adalah tarian kuda kepang, hamper menyamai kuda kepang di pantai Timur Malaysia. Perbezaannya adalah di pantai Timur Malaysia, “penunggang”nya akan duduk atasnya, tetapi di India, “penunggang”nya akan duduk di dalamnya. Terdapat satu gelung yang besar di “tulang belakang” kuda yang memuatkan pinggang “penunggang”nya di dalamnya serta kain berwarna-warni yang panjang menutupi hingga ke aras lutut.
 
Bagaikan isi dengan kuku, tiada tarian tanpa muzik, maka alatan muzik juga tergolong dalam kesenian, tetapi alatan muzik tidak dikaitkan secara spesifiknya dengan agama Hindu. Ia digelar sebagai alatan muzik India, dan bukan alatan muzik agama Hindu. Contohnya adalah seperti “nathaswaram” (dalam Inggeris digelar ‘Indian trumpet’, yang biasanya dimainkan di upacara perkahwinan orang India), thappu (kompang India), “thaval” (gendang yang biasanya dimainkan di upacara perkahwinan orang India) dan banyak lagi. Untuk pengetahuan umum pembaca, ungkapan “Do Re Mi Fa So La Ti Do’ ”, dikenali dalam muzik India sebagai “Sa Re Ga Ma Pa Tha Ni Sa'".
 
 
Ungkapan yang sering diucapkan di sebarang majlis, upacara sembahan baik mahupun yang malang atau di kuil, ialah “Inbame Soozhga, Ellorum Vaazhga” bermaksud tidak mengira apa jua diversity antara kita, seperti agama, kaum, warna kulit mahupun Negara, harap semua senantiasa hidup sihat walafiat tanpa sebarang malapetaka ditimpanya.
 
== Hinduisme di Bali ==
{{main|Hinduisme di Bali}}
Kitab suci agama Hindu adalah Veda yang berasal dari India, namun yang sampai di [[Bali]] adalah [[Veda Catur]] dan [[Veda Qirah]] yang sehingga saat ini masih diguna oleh Pemangku atau Pendeta untuk memimpin upacara, termasuk ketika menjalani kewajiban mereka. Di samping Veda yang juga dikenali sebagai kitab-kitab [[Purana]] dan yang membincangkan peranan Moralitas, terdapat juga mahakarya-mahakarya seperti Mahabaratha dan Ramayana dalam bentuk cerita topeng, [[drama]], [[opera]], [[balet]] dan lain-lain sebagai pengungkapan ajaran agama Hindu. Kepercayaan masyarakat Hindu Bali adalah kekuatan hidup yang meliputi kekuatan alam Pulau Bali yang sudah menggaung ke segala penjuru dunia.
 
== Hinduisme di Malaysia ==