Parti Rakyat Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
PRyoma (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kamalzack (bincang | sumb.)
Baris 26:
 
== Sejarah ==
 
*=== Penubuhan Parti Rakyat 1955 ===
Parti Rakyat merupakan salah satu daripada parti politik tertua di [[Malaysia]] yang diasaskan oleh aktivis berhaluan kiri [[Ahmad Boestamam]] dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain pada [[11 November]] [[1955]]. Parti ini diinspirasikan menerusi perjuangan kemerdekaan di Indonesia yang diketuai oleh [[Sukarno]], parti ini sesuai untuk semangat patriotisme ke atas Se-Malaya/[[Indonesia]]. Parti ini bertentangan dengan sifat [[UMNO]] yang bercirikan kontemporari (yang kemudiannya menjadi parti pemerintah sehingga hari ini). Parti Rakyat mendesak untuk mendapatkan kemerdekaan sepenuhnya daripada penjajahan [[British]].
 
*=== Kerjasama Barisan Sosialis ===
Pada era [[1950-an]] dan [[1960-an]], [[Barisan Sosialis]] atau ''Socialist Front'' (SF) atau nama penuhnya ''Barisan Sosialis Rakyat Malaya'' (Malayan People's Socialist Front) dibentuk pada 1958, terdiri daripada [[Parti Rakyat Malaysia|Parti Rakyat Malaya]], [[Parti Buruh Malaya]] dan [[Parti Perhimpunan Kebangsaan]] (PPK)<ref>Penang Story: [http://www.penangstory.net.my/docs/Abs-TanKimHong.doc Facing Up to Storm Clouds : The Labour Party of Malaya, Penang Division, 1963 – 1969]</ref> bagi membentuk satu pakatan politik yang telah bergiat cergas dan mendominasi beberapa pihak berkuasa kerajaan tempatan di [[Semenanjung Malaysia]]. Pengaruh puak ber[[haluan kiri]] yang semakin kuat telah menghasilkan tindakan keras dari kerajaan [[Parti Perikatan|Perikatan]] pimpinan [[UMNO]]. Pada [[1963]], sejurus selepas kejadian [[Konfrontasi Indonesia-Malaysia]] pada 1963, kerajaan telah mengambil tindakan ke atas beberapa ahli politik dan aktivis pembangkang. Antara mereka yang ditahan dan ditangkap ialah pemimpin ''Barisan Sosialis'' [[Ahmad Boestamam]] (presiden PRM), [[Ishak Haji Muhammad]] (presiden PBM) serta [[Abdul Aziz Ishak]] (ketua [[GERAM]]), Datuk [[Kampo Radjo]] (kemudian menjadi presiden PRM), [[Tan Kai Hee]], [[Tan Hock Hin]], Dr. Rajakumar, [[Hasnul Hadi]], [[Tajuddin Kahar]] dan ratusan yang lain.
 
Barisan Sosialis kemudiannya akhirnya semakin lemah kerana mendapat tekanan kuat dari pihak kerajaan pemerintah akibat berlakunya tragedi rusuhan kaum [[Peristiwa Mei 13]] pada 1969, pihak pemerintah semakin menguatkan pengaruhnya dengan memansuhkan sistem pilihanraya di Majlis Tempatan dan menggantikannya dengan secara lantikan. Oleh yang demikian, Parti Rakyat telah kehilangan sokongan dan suara didalam Parlimen dan juga Majlis Tempatan.
 
*=== Penukaran Namanama [[Parti Sosialis Rakyat Malaysia]] (PSRM) 1970 ===
Pada tahun [[1970]], kepimpinan Parti Rakyat telah diambil alih oleh [[Kassim Ahmad]], seorang lepasan professional universiti, Parti Rakyat telah diterapkan lagi dengan ideologi [[sosialis]] lebih radikal. Pindaan Perlembagaan telah dibuat dan Parti Rakyat bertukar nama kepada [[Parti Sosialis Rakyat Malaysia]] (PSRM). Disebabkan perkembangan ini, pihak pemerintah mengambil kesempatan dan membuat momokan bahawa parti ini mirip kepada [[komunis]]. Diatas tuduhan-tuduhan yang dikatakan palsu, ramai pemimpin dan penyokong parti terus ditahan dengan menggunakan [[Akta Keselamatan Dalam Negeri]] (ISA). Malah Presiden Parti Rakyat ketika itu, Kassim Ahmad juga telah ditahan. Sebahagian rakyat bertambah memandang serong dan takut akan PSRM yang begitu banyak dimomokan. Pada awal tahun [[1980-an]], Datuk Kampo Radjo, bekas Exco Selangor telah dipilih menjadi Presiden menggantikan Kassim Ahmad.
 
*=== Penukaran Semula Nama Parti Rakyat Malaysia (PRM)semula dan penubuhan serpihan [[Parti Sosialis Malaysia]] (PSM) 1989 ===
Pada 1989, PSRM bertukar nama balik semula kepada nama asalnya, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dengan menggugurkan perkataan sosialis dari nama parti dan perlembagaan. Ini mengakibat bantahan sesetengah ahli yang berpendapat parti itu telah mengendahkan perjuangan asal ideologi [[sosialisme]] mereka dan menyebabkan kumpulan serpihan yang diterajui Dr. [[Mohd Nasir Hashim]] dan kemudiannya menubuhkan parti baru, [[Parti Sosialis Malaysia]] (PSM) pada 30 April 1998 yang berjaya didaftarkan akhirnya pada 10 September 2008.
 
*=== Perpecahan, Pembubaranpembubaran dan Pergabunganpergabungan dengan Parti Keadilan Nasional (PKN) 2003 ===
Semasa berlaku gerakan [[Reformasi (Malaysia)|Reformasi]] yang melahirkan sebuah parti baru iaitu [[Parti Keadilan Nasional]] (KeADILan) yang dipimpin oleh Bekas [[Timbalan Perdana Menteri Malaysia]], [[Anwar Ibrahim]] (Presiden ialah isterinya, [[Wan Azizah Wan Ismail]], kerana Anwar dipenjarakan) memulakan penerokaan untuk bergabung antara dua parti. Kerjasama kedua-dua parti ini bermula daripada pembentukan [[Barisan Alternatif]]. Ketika itu Presiden PRM ialah [[Syed Husin Ali]]. Walaupun hasrat penggabungan tersebut telah ditangguhkan disebabkan keengganan pihak berkuasa. Dua parti ini secara rasmi bergabung pada [[3 Ogos]] [[2003]]. Hasil daripada penggabungan parti, parti ini kini dikenali sebagai [[Parti Keadilan Rakyat]] (PKR). Syed Husin Ali yang merupakan Presiden PRM sebelum penggabungan ini menjadi Timbalan Presiden PKR manakala Wan Azizah menjadi Presiden PKR.
 
*=== Pembubaran Dibatalkandibatalkan ===
Walaupun demikian, beberapa pemimpin Parti Rakyat Malaysia tidak menyetujui penggabungannya kepada sebuah entiti lain yang baru. Pada [[17 April]] [[2005]], ahli Parti Rakyat Malaysia yang menentang penggabungan ini mengadakan Kongres Nasional di [[Johor Bahru]] dan dipilih menerusi kepimpinan baru bagi mengatasi pergelutan parti. Ini menyebabkan 8 orang bekas pemimpin [[PRM]] yang telah menyertai [[PKR]], antaranya timbalan presiden PKR Dr. [[Syed Husin Ali]] (bekas presiden PRM), naib presiden PKR dan ahli pahlimen [[Subang Jaya]] [[R. Sivarasa]] (bekas naib presiden PRM) dan ahli jawatankuasa pusat PKR Dr. [[Sanusi Osman]] (bekas setiausaha agung PRM), naib ketua pemuda PKR [[Faizal Sanusi]] (bekas Ketua Angkatan Muda PRM), ketua penerangan PKR [[Latheefa Koya]] (bekas AJK Angkatan Muda PRM ), AJK pusat PKR yang dilantik [[Ban Ah Kam]] (bekas AJKP PRM yang dilantik), [[Lim Yong Pang]] (bekas AJKP PRM) dan [[Tai Kim Tat ]] (bekas AJKP PRM) memohon kepada mahkahmah untuk PRM dibubarkan, namun Mahkahmah Tinggi mengisytiharkan bahawa penolakan ROS terhadap permintaan bekas pemimpin PRM tersebut untuk membubarkan PRM adalah sah kerana ianya hanya boleh dilakukan sekiranya 60% ahlinya mengundi untuk berbuat demikian di dalam kongres khas parti dan Kongres khas ini tidak diadakan oleh pemimpin tersebut. Tambahan lagi, pemohon petisyen agar PRM dibubarkan sudah tidak mempunyai ''[[locus standi]]'' kerana mereka telah meninggalkan parti.<ref>[http://www.mmail.com.my/content/10886-parti-rakyat-moves-revitalise-itself Parti Rakyat moves to revitalise itself, 17 Ogos 2009, Malay Mail]</ref> Pendaftaran PRM masih kekal sah sebagai parti politik mengikut [[Pendaftar Pertubuhan]] (ROS)<ref>[http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/10sesh/Article Parti Rakyat Malaysia still exists says ROS, 2010/02/04, NST]</ref> dan malahan PRM telah terus bertanding di dalam [[Pilihanraya Umum Malaysia 2008]].