Ganesha: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 52:
 
== Ikon-Ikon Ganesha ==
Terdapat beberapa variasi ikon-ikon Ganesha di kuil-kuil dan monumen-monumen arkeologi. Antara ikon-ikon yang popular ialah Bālagaṇapati, Taruṇagaṇapati, Vināyaka, Vīravighneśa, Herambagaṇapati dan Śaktiganapati. Bālagaṇapati menggambarkan seorang budak lelaki dan Tarunagaṇapati ialah seorang pemuda. Vināyaka mempunyai empat tangan dan dia memegang gading yang patah, cemeti, gelung, dan kalung tasbih. Dengan belalainya, dia memegang sebiji modaka (sejenis manisan). Vīravighneśa, yang bertangan sepuluh menunjukkan kehebatan seni peperangan dengan memegang pelbagai jenis senjata. Herambagaṇapati mempunyai lima kepala, sepuluh tangan, tiga mata pada setiap kepalanya dan menunggang seekor singa. Beberapa rupa Śaktigaṇapati dijelaskan dalam Tantra. Biasanya Gaṇapati ini ditunjukkan bersama-sama Śaktinya iaitu Lakṣmī, Ṛddhi, Siddhi, Puṣṭi dan sebagainya. Penyembahan Śakigaṇapati dipercayai memberikan kesaktian luar biasa dan memenuhi idaman seseorang dengan segera.
 
Śakigaṇapati juga mempunyai pelbagai rupa berlainan. Salah satunya ialah Ucchiṣṭagaṇapati, yang dikaitkan dengan kekotoran dan benda-benda kotor. Penyembahan Ucchiṣṭagaṇapati ialah sejenis tradisi Vāmācārā (suatu ajaran serong, dan biasanya bercanggah dengan ajaran-ajaran popular). Sebenarnya, tiada apa yang menggerikan atau mengejutkan tentang konsep ini. Kekotoran juga ialah sebahagian daripada alam ini. Bukankah doctor dan pencuci tandas juga mengendalikan benda-benda kotor secara bersih dan berkhidmat kepada orang lain. Bukankah semua orang pun perlu melakukan sedikit sebanyak kerja-kerja pembersihan. Jadi apa salahnya jika kerja pembersihan juga dilakukan sebagai suatu aktiviti amal dan pemujaan? Jadi, dengan menjadikan Ganesha menjadi dewa kekotoran, dan melakukan kerja-kerja pembersihan secara saintifik dan sebagai amal ibadat menjadi suatu disiplin rohani. Ini adalah falsafah disebalik penyembahan Ucchiṣṭagaṇapati.
 
Nṛttagaṇapati ialah sebuah imej Ganesha dalam gaya tarian. Pada suatu ketika, Brahma berjumpa dengan Ganesha dan menyembahnya dengan penuh iman dan hormat. Melihat ini, dalam keadaan gembira Ganesha mula menari dengan penuh anggun. Demikian, Ganesha juga mendapat nama sebagai pakar seni muzik dan tarian.
 
Varasiddhi Vināyaka ialah ikon Ganesha yang dipuja semasa perayaan Vināyaka Caturthi. Ini ialah aspek Vināyaka yang bujang.
 
Kadang-kadang, Ganesha juga digambarkan sebagai Śakti (dewi) dengan pelbagai nama dan rupa seperti Gaṇeśanī, Vināyakī, Śūrpakarṇī dan Lambamekhalā. Ganesha disembah dengan menggunakan idola, linga, śālagrama, yantra dan kalaśa (belanga air). Śālagramā (sejenis batu) Ganesha amat jarang ditemui. Svastika juga diterima sebagai suatu symbol Ganesha.
 
== Mazhab Gāṇapatya ==