Khai Wahi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
Khai merupakan [[penyanyi]] dan naib juara [[Akademi Fantasia Musim 1]] yang diadakan pada tahun 2003. Khai dilahirkan pada 5 November 1979 dan berasal dari [[Tampoi]], [[Johor]].
 
Pada 26 April 2008, Khai telah berkahwin dengan [[Rosmayati Sidik]] (|Rosma AF1)]] yang juga merupakan bekas pelajar [[Akademi Fantasia Musim 1]]. Mereka mengambil keputusan untuk berkahwin setelah hampir lima tahun bercinta. Pada 17 Julai 2009, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Amzar Danish. Anak kedua mereka dilahirkan pada 4 Januari 2014 dan diberi nama Nur Amani Damia. Khai dan Rosma merupakan pengasas kepada produk kesihatan Magic Slims. Pada 15 Januari 2015, mereka telah membuka sebuah kafe yang diberi nama Coffee Rich Cafe. <ref>[http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/03/02/khai-rosma/]</ref>
 
==Pencapaian==
Khai berjaya menghasilkan album yang diberi judul Dambaan Pilu pada tahun 2004 dan album kedua berjudul Terbang Tinggi pada tahun 2008.
 
Pernah berduet dengan [[Zarina Zainoordin]] (|Zarina AF2)]] untuk lagu tema filem [[Cinta Fotokopi]] yang bertajuk Cinta Selamanya dan Cinta Fotokopi.
 
Khai dan Rosma pernah menyertai pertandingan [[Sehati Berdansa Musim 2]] dan tersingkir pada minggu kesembilan iaitu pada 20 Disember 2008. Mereka telah mewakili badan amal Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia.
Beliau juga pernah berduet dengan isteri beliau iaitu [[Rosmayati Sidik]] (|Rosma AF1)]] untuk lagu Warna Cinta, Hari Raya Bahagia dan yang terbaru untuk lagu Dengan Sekali Lafaz.
 
Selain itu, pernah berduet dengan Sahri yang juga daripada [[Akademi Fantasia Musim 1]] untuk menyanyikan lagu Hari Raya Bersama.