Rahmad Mega: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 18:
 
== Kerjaya solo ==
Kini, Rahmad masih aktif menyanyi meskipun bergerak solo tanpa rakan-rakannya sewaktu bersama Mega iaitu '''[[Adi Mega|Adi]]''', '''[[Sam Mega|Sam]]''', '''[[Abdul Munir Megabin Samsudin|Munir]]''' dan '''[[Mohamad Sulaiman|Mat Mega]]'''. Pada tahun 2013 beliau telah bergabung dengan empat penyanyi lelaki hebat lain iaitu [[Zamani Ibrahim|Zamani Slam]], [[Saleem|Saleem Iklim]], [[Mohd Ali bin Ismail|Ali XPDC/Terra Rossa]] dan [[Aris Ariwatan]] menjayakan sebuah konsert iaitu '''Konsert Gegar 5 Legenda''' bertempat di [[Istana Budaya]]. Konsert ini mendapat sambutan yang cukup hebat dari peminat-peminat para penyanyi 'otai' tersebut dan membuktikan mereka tidak tergugat walaupun industri muzik Malaysia semakin dibanjiri penyanyi-penyanyi baru.
 
Pada tahun 2014 Rahmad telah menyertai satu program realiti TV berjudul '''Gegar Vaganza''' yang menghimpunkan penyanyi-penyanyi berpengalaman lebih 10 tahun untuk berentap meraih gelaran juara. Beliau berjaya menempatkan diri di pusingan akhir dan menduduki tempat keempat.