Kuchiki Byakuya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 22:
 
== Watak dan Perwatakan ==
Kuchiki Byakuya ialah ketua ke-28 dalam kaum kerabat Kuchiki, salah satu daripada empat keluarga kerabat di [[Soul Society]].<ref name="Byakuya Bio-ref"/> Disebabkan ini, Byakuya berkelakuan ala-bangsawan - dia selalu bersikap tenang dan tidak mengendahkan orang lain. Dalam penghujung [[OBAOVA]] kedua iaitu "Sealed Sword Frenzy", dia diperkenalkan menurun daripada kudanya dalam sepasang sut, lengkap dengan sebatang rotan dan sebuah topi. Tambahan pula, pintunya dibuka oleh seorang pembantu, menonjolkan status aristokratiknya walaupun sedang menziarahi dunia manusia.
 
Byakuya menganggap bahawa kehidupan secara umumnya tidak perlu menghiburkan, dan, dalam salah satu bab ''omake'', dia mencipta sebuah idea untuk sebuah permainan yang tidak dapat menghiburkan. Meskipun berkelakuan tegas, Byakuya mengambil berat dan melindungi mereka yang disayanginya. Byakuya juga mempunyai kepercayaan kukuh iaitu setiap pesalah di sisi undang-undang harus dihukum.