Mahfodz Mohamed: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
RadiX (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 120.138.80.242 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri
Baris 1:
Datuk Dr '''Mahfodz Mohamed''' adalah ketua Dewan Ulama [[PAS]] sesi 2015-1017 . Beliau juga pernah menyandang jawatan sama sesi 2005-2013 <ref>[http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-tidak-akan-kerjasama-dengan-pas-johor#sthash.Mok2eWdk.dpuf DAP tidak akan kerjasama dengan PAS Johor]</ref> nBeliau dilantik Pesuruhjaya PAS Johor.Beliau terpilih lagi kerana dianggap sebagai konservatif dan pro ulama yang disediakan oleh 'cai' ("undi kelompok"). <ref>[http://www.sinarharian.com.my/wawancara/bimbang-cai-undi-musnahkan-parti-1.396999 Bimbang 'cai undi' musnahkan parti]</ref>
 
Beliau pernah bertanding atas tiket PAS di DUN N09 [[Gambir]] , [[Johor]]
 
Pro profesional tersingkir dalam [[Muktamar PAS 2015]].Majoriti 1,189 perwakilan, jelas menolak golongan bukan ulama, yang dilihat pro kepada DAP, sekutu mereka dalam pakatan pembangkang yang menentang perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud.
 
==Kerjaya dan pengalaman ==
Beliau adalah Pengerusi dan Pengetua, Maahad Tahfiz Al-Muhammadi, [[Kundang Ulu]], [[Muar]], [[Johor]] ; Presiden Institut Teknologi Ibnu Sina (INTIS), 2000-2001; Penasihat Akademik Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), 2001-2004 ;-Ahli panel [[Lembaga Akreditasi Negara]] (LAN), 1998-2000 ; Naib Yg Di-Pertua [[Persatuan Ulama Malaysia]] (PUM), 1987-1999 ; Ahli lembaga penasihat syariah [[Amanah Saham Aiman]] ([[MARA]]), 1996-1999 ;Ahli lembaga pengawas syariah [[Takaful Nasional]], 1994-1999 ;Ahli [[Majlis Agama Islam Selangor]], 1996-1999 ;Ketua Jabatan Pengajian Islam, [[Universiti Malaya]], 1983-1993 ;Timbalan Pengarah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 1996-1999 dan Panel Mahkamah Rayuan Syariah Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1988-1996.
 
==Putuskan kerjasama PAS dengan DAP==
Pada 14 Jun 2015, Mahfodz menyatakan hasrat berjumpa dengan kepimpinan DAP Johor dan menyuarakan keinginan meneruskan kerjasama dengan DAP dan Pakatan Rakyat (PR). Padahal beliau sendiri membawa usul memutuskan hubungan dengan DAP dan usul berkenaan diluluskan tanpa bahas. Sebelum ini DAP Sarawak memutuskan hubungan dengan PAS. [[Lim Guan Eng]] selaku Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP enggan bekerjasama dengAN [[Presiden PAS]] Datuk Haji [[Abdul Hadi Awang]]. Malahan Abdul Hadi banyak kali tidak hadir semasa mesyuarat pemimpin tertinggi [[Pakatan Rakyat]]. Abdul Hadi juga menyokong kerjasama dengan [[UMNO]] kerana berkongsi impian mahu melaksanakan [[hudud]], yang tidak disokong oleh [[DAP]].
 
Pada 15 Jun 2015, Pengerusi [[DAP]] Johor, [[Liew Chin Tong]] tidak nampak parti itu tidak akan bekerjasama dengan Datuk Mahfodz Mohamed yang baru dilantik Pesuruhjaya PAS Johor, memandangkan beliau merupakan pencadang usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP semasa muktamar pada 4-6 Jun 2015. Sebelum ini DAP ada memberi gambaran jika Abdul Hadi kekal menerajui Pas, PR akan terbubar.<ref>[http://www.sinarharian.com.my/wawancara/bimbang-cai-undi-musnahkan-parti-1.396999 Bimbang 'cai undi' musnahkan parti]</ref>
 
==Rujukan==