Sejarah Perak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
pejuang kemerdekaan Perak
Baris 266:
 
Peristiwa tersebut telah memberikan pengajaran yang berguna kepada Inggeris dalam merancanakan rancangan penjajahan mereka yang selanjutnya. Raja Yusuf telah diangkat sebagai Sultan Perak yang ke 27 (1877-1887) bergelar [[Sultan Yusuf Sharifuddin Muzzaffar Shah]] dan Raja Idris yang menghakimkan perbicaraan kes pembunuhan J.W.W.Birch telah diangkat menjadi [[Raja Muda]]. Sistem pertadbiran negeri telah diperkemaskan lagi dan dipersesuaikan dengan dasar Inggeris. Pembesar-pembesar negeri yang tidak sesuai telah di pencenkan dan yang berkebolehan serta masih taat kepada pemerintah telah dijadikanpegawai bergaji tetap dan mesti bekerja untuk Inggeris atas nama titah perintah Sultan.
 
=== Perjuangan Kemerdekaan di Negeri Perak ===
Perak adalah merupakan tanah keramat yang menjadi saksi lahir ramai pejuang kemerdekaan khususnya dari kalangan mereka yang dilabel sebagai berhaluan kiri. Nama-nama pejuang kemerdekaan seperti Dr Burhanuddin Al-Helmy, Al-Fadhil ust Abu Bakar Al-Baqir, Ahmad Boestamam, Abdul Majid Salleh dan ramai lagi adalah mereka yang berasal dari negeri ini. Selain itu, gerakan-gerakan yang kemerdekaan juga banyak dilancarkan dan bergiat aktif di negeri Perak. Gerakan kesedaran dan perjuangan kemerdekaan oleh Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar Al-Baqir di Maahad Ehya' Al-Sharif, gunung Semanggol sebagai contoh adalah merupakan sebuah gerakan kemerdekaan Tanah Melayu yang dipimpin oleh golongan ulama' dan agamawan sehingga tertubuh Parti Hizbul Muslimin (HAMIM).
 
Akibat dari suara dan sikap yang lantang menuntut kemerdekaan, maka parti ini ditakuti oleh pihak penjajah British. Maka dilemparkanlah kepada mereka tuduhan dan tohmah-tohmah. Ia juga dituduh sebagai parti "merah" (komunis). Dato' Onn Jaafar, yang pada masa itu memimpin UMNO, bersikap agak lunak, bahkan dengan secara sindiran mengingatkan anggota UMNO bahawa pertubuhan politik di Gunung Semanggol itu ialah suatu bahaya dari gunung yang patut diawasi. Pengaruh Gunung Semanggol dalam membentuk pemikiran umat Islam di Malaya sesungguhnya amat ketara.
Ketakutan pihak berkuasa British terhadap perkembangan cita-cita Islam dalam politik memuncak ketika pada 29 Julai 1948, pukul 12 tengah hari tiga orang pemimpin utama HAMIM ditangkap. Mereka ialah Syeikh Abu Bakar al-Baqir, Ustaz Abd. Rabb al-Tamimi, dan Ustaz Abdul Rauf Nur. Syeikh Abu Bakar dibebaskan daripada tahanan dalam bulan Oktober 1952. Ekoran daripada penahanan ini HAMIM menjadi lumpuh dan akhirnya terkubur.
 
Selain dari HAMIM, tokoh Nasionalisme Perak Dr Burhanuddin Al-Helmy telah mengasaskan '''Parti Kebangsaan Melayu Malaya''' (PKMM) yang juga dikenali Parti Nasionalis Melayu (PNM) (bahasa Inggeris: Malay Nationalist Party) pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Negeri Perak. Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama ditubuhkan selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu Parti ini menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. PKMM menyebarkan pengaruhnya melalui akhbar-akhbar hariannya iaitu Suara Rakyat, Pelita Malaya dan Semboyan Baharu dan terbitan bulanan iaitu majalah Berjuang dan ''Voice of the People''.
 
Malahan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin ditubuhkan lebih awal daripada Umno dan melaungkan slogan “Merdeka”. Walaupun akhirnya Umno yang berjaya mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah Inggeris melalui rundingan selepas semua parti progresif seperti PKMM diharamkan, peranan dan sumbangan gerakan ini dalam mendapatkan kemerdekaan tidak boleh dinafikan.
 
Tanggal 26 November 2015, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memberi anugerah kepada Dr Burhanuddin Al-Helmy dengan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Datuk Seri secara Anumerta.
 
===Ehwal Semasa Negeri Perak===