Perbezaan antara semakan "Baba ghanoush"

674 bait ditambah ,  4 tahun lalu
== Kepelbagaian ==
Dalam [[masakan Jordan]], [[masakan Syria|Syria]], [[masakan Palestin|Palestin]], and [[masakan Lubnan|Lubnan]], baba ghanoush diperbuat daripada terung dicampur dengan bawang dipotong dadu halus, tomato, dan lain-lain [[sayuran]]. Versi [[masakan Mesir|Mesir]], dikenali di Levant sebagai mutabbal, diperbuat daripada terung panggang, dikupas, dan lecek, diadun dengan [[tahini]], [[bawang putih]], garam dan jus lemon. [[Jintan putih]] dan serbuk cili boleh ditambah. Ia biasanya dihidangkan dengan rias [[minyak zaitun]] dan sari [[delima]]. Dalam kaedah tradisional, terung itu mula-mula dipanggang dalam ketuhar selama kira-kira 30 hingga 90 minit (bergantung kepada saiz terung) sehingga kulit kelihatan hampir terbakar dan terung mula lembik. Isi lembut itu dicedok keluar, dipicit atau diasinkan untuk membuang air yang berlebihan, dan kemudian dipuri dengan tahini. Terdapat banyak variasi resipi, terutama perasa. Perisa termasuk bawang putih, jus lemon, jintan putih kisar, garam, [[pudina]], dan [[pasli]]. Apabila dihidangkan di atas pinggan atau mangkuk, secara tradisinya bahagian atas akan direnjis dengan minyak zaitun.<ref>''The Cooking of the Middle-East'', ''Foods of the World'', [[Time-Life Books]], 1969.</ref>
 
Sejenis hidangan ini dikenali sebagai ''[[patlıcan salatası]]'' ("salad terung") di [[masakan Turki#Meze dan salad|Turki]].<ref name="Trépanier2014">{{cite book|author=Nicolas Trépanier|title=Foodways and Daily Life in Medieval Anatolia: A New Social History|url=http://books.google.com/books?id=ciXNBAAAQBAJ&pg=PA129|date=30 November 2014|publisher=University of Texas Press|isbn=978-0-292-75929-9|pages=129–}}</ref> Ia biasanya dibuat dengan terung lenyek, walaupun jenis dengan terung potong boleh didapati di selatan Turki, terutamanya di [[Antakya]]. Di kawasan-kawasan dengan penduduk berbahasa Arab ia juga dikenali sebagai ''abugannuş'' atau ''abugannuc''.
43,507

suntingan