Bill Gates: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 9:
Semasa beliau belajar di Harvard, beliau dan [[Paul Allen]] menulis [[penterjemah (software komputer)|penterjemah]] [[Altair BASIC]] untuk [[Altair 8800]] dalam dekad [[1970]]. [[Altair]] merupakan [[komputer personal]] pertama yang berjaya. Diberi inspirasi oleh [[BASIC]], sebuah [[bahasa komputer]] yang mudah dipelajari dan ditulis di [[Kolej Dartmouth]] untuk mengajar, versi Gates dan Allen kemudian menjadi [[Microsoft BASIC]], [[bahasa komputer terjemah]] yang utama untuk [[sistem operasi komputer]] [[MS-DOS]], yang kunci kepada kejayaan Microsoft. Microsoft Basic kemudiannya dijadikan [[Microsoft QuickBasic]]. Apabila Microsoft QuickBasic dijual tanpa [[pengkompil]] QuickBasic dikenali sebagai [[QBasic]]. QuickBasic juga dijadikan [[Visual Basic]], yang masih popular hingga ke masa kini.
 
<div style="float: left; width: 143px; margin: 0 1em 1em 0; text-align: center;">[[Image:Billgates_mugshot.jpg]]<br><small>''Berusia 21, gambar polis untuk kesalahan trafik yang kecil. [[Microsoft]] menggunakan gambar ini dalam [[iklan]] [[Jerman]] dengan cogankata "Nasib baik tiada had laju untuk software"''</small></div>
 
Pada awal dekad 1970-an, Gates menulis [[Surat Terbuka kepada Penghobi]], yang memeranjatkan komuniti penghobi komputer dengan menyatakan bahawa [[pasaran]] komersial wujud untuk [[perisian komputer|perisian]] dan perisian tersebut tidak patut ditiru tanpa izin penerbitnya. Pada masa itu, komuniti tersebut dipengaruhi kuat oleh asas [[radio ham]]nya dan [[etika Hacker]], yang menegaskan bahawa innovasi dan pengetahuan patut dikongsi oleh komuniti pengguna komputer. Gates kemudian mengasaskan Microsoft Corporation, satu daripada syarikat paling berjaya di dunia, dan memimpin arah kepada pembukaan industri perisian komputer.