Sunway Lagoon: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Katangais (bincang | sumb.)
k - watermark
Baris 12:
Di tengah-tengah taman air terletaknya "Surf Beach" (dahulunya "Jeffrey's Bay"), sebuah kawasan pantai buatan atas tasik yang dikhususkan untuk kegiatan [[luncur air]] dalam sempadan tertentu. Ombak buatan dihasilkan dari sebuah penjana gergasi dari latar gunung berapi buatan. Surf Beach dihebohkan sebagai "Pantai Luncur Air Tertutup Terbesar di Dunia" yang juga mempunyai "Penjana Ombak Terbesar di Dunia"<ref>[http://www.sunway.com.my/lagoon/waterpark.asp Sunway Lagoon Water Park]</ref> Kegiatan luncur air terhad kepada kawasan berjubin biru muda yang ditutupi oleh dua batang jambatan konkrit yang menyambung kawasan daratan dengan gunung berapi; kawasan tasik yang selebihnya adalah kawasan larangan berenang. Selain meluncur air, tempat ini juga sesuai untuk berenang atau bermain air (di tepi pantai sahaja), ataupun mengadakan acara hiburan.
 
Yang terbaru, rasai keseronokkan yang tidak terhingga dengan mencuba dua permainan baru iaitu Vuvuzela ( Gelongsor air terbesar di dunia)dan Waterplex D ( pertama seumpamanya di dunia.
 
===Taman ria===