Ahmad Nawab: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 17:
 
==Biografi==
Dato’ Dr. '''Ahmad Nawab''' dilahirkan di [[Pulau Pinang]], merupakan seorang komposer muzik yang terkenal di Malaysia dan masih lagi bergiat aktif dalam penggubahan lagu sehingga ke hari ini.
 
Sepanjang penglibatannya dalam dunia muzik, beliau telah menghasilkan lebih 200 buah album yang didendangkan oleh artis-artis tempatan dan luar negara yang popular dan berbakat besar seperti [[Hetty Koes Endang]], [[Khatijah Ibrahim]], Sudirman Hj. Arshad, [[Ramlah Ram]], [[Broery Marantika]] dan ramai lagi.
 
Popularitinya telah membuktikan bahawa lagu-lagu ciptaannya adalah berkualiti, di mana beliau masih mampu bersaing serta dapat bertahan lebih dari tiga puluh tahun dalam dunia muzik tanah air walaupun terdapat kemunculan ramai komposer-komposer muda yang serba berkebolehan.
 
Dato’ Dr. Ahmad Nawab juga merupakan orang yang bertanggung jawab bagi mengubah lahu “Malaysia Truly Asia”, yang dinyanyikan oleh Khatijah Ibrahim. Lagu tersebut turut dijadikan lagu tema bagi mempromosi [[Malaysia]] pada persada antarabangsa.
 
==Pencapaian==
Sumbangannya pada persada muzik Malaysia telah diakui oleh University Putra Malaysia yang memberi anugerah Doktrate Dalam Penulisan Kehormat (“Honarory Doctrate In Literature”) pada tahun 2000.
 
 
==Diskografi==
===Album Instrumental===