Rahimah Rahim: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 10:
Disebabkan pengaruh-pengaruh di atas, tidaklah ajaib bahawa Rahimah menjadi pelakon kanak-kanak ketika berumur enam tahun. Filem pertamanya pada tahun [[1962]] ialah ''Korban Kasih'' yang dikeluarkan oleh [[Penerbitan Filem Cathay-Keris]]. Ini diikuti oleh dua buah filem, ''Masuk Agin Keluar Asap'' dan ''Kasih Ibu'', pada tahun berikutnya.
 
Bagaimanapun, bernyanyi telah menjadi darah dagingnya dan tiga tahun kemudian, ketika berumur 10 tahun, Rahimah memutuskan untuk mengikut jejak ayahnya. Ketika berumur 14 tahun, beliau mula bernyanyi di kelab-[[kelab malam]], dan dua tahun kemudian, mengeluarkan rekod EP yang pertama. Rekod itu termasuk lagu ''Mana Ibunya?'' yang popular dan yang merupakan versi lagu kulit, "''Where's Your Mama Gone? (Chirpy Chirpy Cheep Cheep)''", oleh [[Kumpulan Road|Kumpulan Middle of The Road]]. Ini diikuti oleh album-album yang mengandungi lagu-lagu laris seperti ''Bintang Sukanku'', ''Gadis Dan Bunga'', ''Masihkan Ada Cinta'' dan ''Doa''. Album-albumnya yang terlaris ialah ''Gadis Dan Bunga'' pada tahun [[1982]] dan ''Bebas'' pada [[1984]].
 
Pada tahun [[1987]], ketika berumur 31 tahun, Rahimah mewakili Singapura dalam Peraduan Lagu Dunia di [[Jepun]]. Di sana, beliau menyanyikan lagu ciptaan [[Fauzi Marzuki]], ''Cabaran Cinta'', dan bergaul dengan [[Gloria Estefan]], mendiang [[Leslie Cheung]] dan [[Alan Tam]]. Menurutnya, peristiwa itu merupakan kenangan lama yang paling manis dalam kerjayanya. Sepanjang kerjayanya, beliau mengeluarkan 11 buah album di bawah label yang berbeza-beza, termasuk [[Senada]], [[Josal Records]], [[EMI]], dan [[NSR]].