Hinduisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 316:
Tīrthayātrā atau lawatan ke tempat-tempat suci memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang Hindu. Tempat-tempat suci dapat meningkatkan tahap kesucian dan kerohanian seseorang. Benua India penuh dengan tempat-tempat suci, dari Amarnath di utara India hingga Rameswaram di selatan, dan dari Somnath di barat hingga Puri di Timur, . Malah boleh dikatakan bahawa, agama Hindu mempunyai lebih banyak tempat-tempat suci daripada semua agama lain. Tempat-tempat ini amat purba, dan berkaitan dengan orang-orang alim yang wujud dalam zaman Purana. Selain itu, terdapat tempat-tempat lain yang berkaitan dengan orang-orang alim dan ketua-ketua agama dari pelbagai zaman. Sering kali, tempat-tempat suci ini terletak di kawasan yang penuh dengan keindahan semulajadi seperti gunung-ganang, lembah-lembah, tepi-tepi sungai, pulau-pulau, hutan-belantara, pantai-pantai dan seumpamanya yang amat sesuai untuk renungan.
 
==== Kitab-kitab Suci ====
Tujuan Lawatan Ibadah
Subjek lawatan ibadah telah dibincangkan dalam pelbagai kitab suci. Terdapat lebih 400,000 ayat-ayat dalam Mahabharata dan purana-purana lain mengenai lawatan ibadah. Selain itu, terdapat beberapa buah buku lain yang menyentuh tentang subjek ini seperti:
* Krtya Kalpataru oleh Lakshmidhara (kurun ke-12 Masihi)
* Caturvargacintamani oleh Hemadri (kurun ke-13 Masihi)
* Tirthacintamani oleh Vachaspati (kurun ke-15 Masihi)
* Tirthasara oleh Dalapati (1490 Masihi)
* Tristhalisetu oleh Narayanabhatta (1570 Masihi)
Selain daripada ini, terdapat juga beberapa karya khususnya tentang sesuatu tempat tertentu seperti Gaya dan Puri.
 
==== Tujuan Lawatan Ibadah ====
Tīrthayātrā disenaraikan sebagai salah satu sāmānyadharma
Perkataan 'Tīrtha' bermaksud 'Tīryate anena iti tīrthaṁ, saṁsārasāgarataraṇopāya-bhūtaṁ', 'sesuatu yang merentasi, sesuatu yang membantu merentasi samudera kehidupan semula' ialah Tīrtha. Maka, dengan menjalani lawatan ibadah, seseorang dapat merentasi samsara atau kitaran kelahiran semula dan mencapai kesempurnaan.
 
Menurut Vishnu Dharma Sukta (2.16, 17), lawatan ibadah ialah salah satu samanyadharma (kewajiban umum untuk semua orang). Seseorang yang menjalani lawatan ibadah akan mendapat banyak pahala, dosanya akan dihapuskan dan hatinya menjadi suci.
 
Misalnya Rig Veda (10.75 khila) menyebut tentang kesucian pertemuan sungai Ganga dan Yamuna. Seseorang yang bermandi di sini akan mencapai syurga. Seseorang yang mati di sini akan mencapai keabadian.
 
=== Mantera-mantera ===