Hinduisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 315:
=== Lawatan Ibadah ===
Tīrthayātrā atau lawatan ke tempat-tempat suci memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang Hindu. Tempat-tempat suci dapat meningkatkan tahap kesucian dan kerohanian seseorang. Benua India penuh dengan tempat-tempat suci, dari Amarnath di utara India hingga Rameswaram di selatan, dan dari Somnath di barat hingga Puri di Timur, . Malah boleh dikatakan bahawa, agama Hindu mempunyai lebih banyak tempat-tempat suci daripada semua agama lain. Tempat-tempat ini amat purba, dan berkaitan dengan orang-orang alim yang wujud dalam zaman Purana. Selain itu, terdapat tempat-tempat lain yang berkaitan dengan orang-orang alim dan ketua-ketua agama dari pelbagai zaman. Sering kali, tempat-tempat suci ini terletak di kawasan yang penuh dengan keindahan semulajadi seperti gunung-ganang, lembah-lembah, tepi-tepi sungai, pulau-pulau, hutan-belantara, pantai-pantai dan seumpamanya yang amat sesuai untuk renungan.
 
Menurut, Matsya Purana (184.66-67), lawatan ibadah boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa menggira kasta, darjat atau keadaan. Namun, terdapat beberapa hukum yang perlu dipatuhi oleh seseorang yang ingin menjalankan lawatan ibadah. Misalnya, seorang brahmachari yang tinggal di rumah gurunya perlu mendapatkan kebenaran guru terlebih dahulu. Seseorang yang telah berkahwin wajib melakukan lawatan ibadah bersama-sama pasangannya, dan sekiranya gagal, dia tidak akan mendapat hasil pahala melakukan lawatan ibadah.
 
==== Kitab-kitab Suci ====
Baris 331 ⟶ 333:
 
Misalnya Rig Veda (10.75 khila) menyebut tentang kesucian pertemuan sungai Ganga dan Yamuna. Seseorang yang bermandi di sini akan mencapai syurga. Seseorang yang mati di sini akan mencapai keabadian.
 
Keindahan tempat-tempat ibadah juga amat merangsangkan kontemplasi dan renungan. Tempat-tempat ini juga kaya dengan sejarah dan memori orang-orang alim yang telah melawatnya. Oleh itu, aliran kerohanian amat padat di tempat-tempat ibadah ini.
 
Syarat-syarat
 
Terdapat beberapa syarat-syarat yang perlu diikuti sebelum melakukan lawatan ibadah. Kehidupan yang bermoral ialah syarat penting yang perlu diikuti dan tanpanya, lawatan ibadah tidak berguna. Namun, menurut Vayu Purana (77.125) seorang yang melanggari rukun-rukun agama dan dharma yang menjalani lawatan ibadah dengan kepercayaan, menyesali perbuatan dosanya, dan bertekad untuk meninggalkan dosa dan kejahatan, akan mendapat faedah daripada lawatan ibadah.
 
Lawatan ibadah tidak wajib untuk seseorang yang menjalani kehidupan suci. Namun, dia akan dapat meningkatkan tahap kerohaniannya dengan melakukan lawatan ibadah. Amalan seperti jñāna (ilmu agama), kṣama (sifat memaafkan orang lain), dayā (belas kasihan), dan dama (kawalan diri sendiri) juga dipanggil sebagai 'Tīrtha' kerana semua perbuatan ini juga menyucikan hati dan minda seseorang. Selain itu, orang-orang alim juga dianggap sebagai Tīrtha kerana pergaulan dengan mereka akan menyucikan hati dan minda seseorang.
 
==== Prosedur untuk Diikuti ====
Purana dan Dharmasastra telah menggariskan beberapa langkah yang perlu diikuti ketika melakukan lawatan ibadah.
 
Pada hari sebelum lawatan, seseorang perlu berpuasa. Sebelum bertolak, seseorang perlu menyembah Dewa keluarganya, Ganapati, dan Navagraha, dan memberikan hadiah kepada orang-orang miskin, memakai pakaian jingga atau kuning, mengambil sankalpa (tekad agama) seperti yang dinyatakan oleh kitab-kitab suci dan meninggalkan semua kekayaan. Ketika lawatan ibadah, seseorang perlu menjalani kehidupan yang sederhana dan memakan sayur-sayuran yang sederhana. Selepas menyempurnakan lawatan ibadah dan kembali ke rumahnya, seseorang perlu mengulangi pemujaan di rumahnya, dan memberikan hadiah kepada orang-orang miskin sebagai tanda bersyukur.
 
Dalam zaman moden ini, seseorang boleh memulakan dan menamatkan lawatan ibadahnya dengan bersembahyang di rumahnyaatau di kuil berdekatan dan mendapatkan restu orang tuanya.
 
=== Mantera-mantera ===