Hinduisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 299:
 
==== Ikonografi atau Seni Membuat Ikon ====
Seni ikonografi dalam Hinduisme dikenali sebagai 'Mūrtiśilpa Śastra'. Seni ini telah wujud sejak zaman Veda. Dalam Rig Veda (8.29), misalnya, deskripsi terperinci diberikan mengenai setiap anggota tubuh, dan senjata-senjata dewa-dewi dan Tvaṣṭā disebut sebagai Devaśilpi (pengukirpembuat patung dewa). Kāṭhaka Samhita (1.9.5) menyebut tentang Rishi Devala yang menjadi tukang ukir patungmembuat berhala.
 
Selain berhala dewa-dewi, ikon-ikon dan simbol-simbol lain seperti Sivalinga, Sri Chakra, pelbagai Yantra, dan Kumbha juga digunakan untuk pemujaan.
Baris 322:
 
Arca yang dibina secara tetap di kuil dipanggil sebagai 'Acala' atau 'Dhruvabera' dan ia diperbuat daripada batu seperti granit dan batu marmar. Arca yang sering dibawa keluar iaitu 'Utsava Mūrti' atau imej yang dipuja di rumah pula diperbuat daripada logam, batu permata, kayu dan tanah liat. Arca logam yang diperbuat daripada perak, emas, atau pañcaloha (lima jenis logam) adalah amat popular. Arca yang diperbuat daripada kayu digunakan hanya di dua buah kuil iaitu di kuil Jagannatha di Puri, Orissa dan di kuil Trivikrama di Tirukkoilur, Tamil Nadu.
 
==== Imej-imej Dhruvabera ====
Imej-imej tetap di kuil dinamakan sebagai 'Acala' atau 'Dhruvabera'. Terdapat tiga jenis imej Acala ini iaitu: sthānaka (kedudukan berdiri), āsīna (kedudukan duduk) dan śayāna (kedudukan berbaring). Kebanyakan arca-arca yang disembah di kuil biasanya berada dalam kategori Sthānaka atau berdiri. Banyak imej-imej Dewi, Ganapati dan Narasimha biasanya berada dalam kedudukan duduk. Hanya arca-arca Maha Vishnu, seperti Padmanabha dan Ranganatha berada dalam keadaan berbaring.
 
Menurut suatu klasifikasi lain, terdapat dua jenis 'Dhruvabera iaitu ugra (ganas) dan śānta (tenang). Beberapa aspek Dewi seperti Kali, Narasimha, Parasurama, dan Gajaha (Siva) berada dalam aspek ugra. Kuil-kuil dengan arca yang ganas biasanya dibina di luar bandar atau kampung. Semua imej lain yang tidak termasuk dalam kategori ugra boleh disifatkan sebagai śānta.
 
=== Upacara korban ===