Mahadeva: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 27:
 
Siva ialah Ishta-devata para Yogi. Maka, rupa Siva penuh
dengan simbologi Yoga. Tiga mata-Nya bermaksud matahari, bulan dan api; iaitu sumber cahaya, kehidupan dan kepanasan. Ketiga-tiga mata-Nya juga bermaksud Ida, Pingala dan Sushumna. Mata ketiga-Nya juga mewakili mata ilmu dan kebijaksanaan yang menjadikan-Nya maha mengetahui.
 
bermaksud Ida, Pingala dan Sushumna. Ganga merujuk kepada madu dalam Sahasrara.
Seluruh langit dan kuasa angin menjadi rambut-Nya. Oleh itu, Siva juga dikenali sebagai Vyomakesa (seseorang yang mempunyai langit sebagai rambutnya).
 
Harimau ialah seekor binatang buas yang membaham mangsanya tanpa belas kasihan. Nafsu dan keinginan yang menguasai manusia, dan yang tidak dapat dipuaskan, boleh dibandingkan dengan harimau. Siva membunuh harimau dan memakai kulitnya. Ini menunjukkan bahawa Siva menakluki dan menguasai segala nafsu.
 
Siva juga memakai kulit gajah, seekor binatang yang amat berkuasa. Secara simbolik, ini bermaksud Siva telah menguasai dan menghapuskan segala sifat kebinatangan.
 
Muṇḍamala atau kalungan tengkorak yang menghiasai leher Siva dan abu suci yang disapukan pada badan-Nya bermaksud Siva ialah Raja Kemusnahan.
 
bermaksud Ida, Pingala dan Sushumna. Ganga merujuk kepada madu dalam Sahasrara.
Bulan ialah Candramandala, kawasan putih golongan Yogi. Damaru atau gendang
bermaksud Nada-Brahman. Menurut para Yogi, Sahasrara berada di Kailas, kediaman
suci Siva dan seluruh benua India ialah badan dengan enam pusat Yoga yang utama
yang penting untuk golongan Saivisme.
 
Warna putih salji Siva padan dengan latarbelakang kediamannya di Himalaya. Warna putih bermaksud cahaya yang menghapuskan kegelapan, ilmu yang menghapuskan kejahilan. Siva ialah jelmaan kesedaran kosmik. Warna putih Siva yang bersifat Tamas (kuasa kegelapan dan pemusnahan) mungkin kelihatan pelik sementara Visnu yang mewakili Sattva (kuasa cahaya dan pencerahan) pula digambarkan sebagai hitam! Kedua-dua sifat yang bertentangan ini tidak boleh dipisahkan. Maka, Siva yang putih di luar dan dalamnya gelap dan sebaliknya, Vishnu pula gelap di luar dan putih di dalam.  
 
Di India Selatan terdapat lima kuil-kuil Siva yang mewakili
lima elemen. Tempat-tempat ini berada di Kanci (bumi), Tiruvanaikavu berdekaran
Trichy (air), Kalahasti (udara), Tiruvannamalai (api) dan Chidambaram
(angkasa).  
 
Bagi pemuja-pemuja Siva, api yang sentiasa membara atau
Dhuni bermaksud api Vairagya yang membakar semua ikatan dan nafsu. Mereka
menyapukan abu Dhuni ke atas badan mereka seperti Siva. Abu ialah saki-baki selepas semua nama dan rupa hilang dan kesatuan sebenar yang merangkumi segala
kepelbagaian dicapai. Mahayogi Siva ialah pemusnah segala-galanya, kerana Dia menyingkirkan semua kepelbagaian dan menyatukannya.      
 
=== Purana-purana ===