Sankaracharya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 2:
 
[[File:Raja Ravi Varma - Sankaracharya.jpg|thumb|374x374px|Sankara bersama-sama pengikutnya]]
Penulisan Śaṇkara dalam bahasa Sanskrit telah memberikan asas yang kukuh untuk doktrin Advaita Vedanta. Beliau juga telah menulis ulasan-ulasan Upanishad, Brahma Sutras dan [[Bhagavad Gita]] (ketiga-tiga kitab ini dikenali sebagai Prasthanatraya). Penulisan Śaṇkara menentang ajaran-ajaran falsafah Mimamsa dan beberapa mazhab Samkhya dan mazbah Buddha.
 
Śaṇkara merantau di seluruh benua India untuk menyebarkan falsafahnya melalui perbincangan dan perdebatan dengan pemikir-pemikir lain. Beliau juga memberikan nafas baharu kepada kehidupan rahib atau Samnyasa dengan mengasaskan tradisi rahib Dashanami. Śaṇkara juga ialah pengasas empat biara utama yang memainkan peranan penting dalam perkembangan dan pembangunan semula Advaita Vedanta.
Baris 99:
=== Penulisan ===
 Śaṇkara merupakan seorang penulis yang prolifik. Beliau telah meninggalkan banyak karya-karya yang boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu: Bhāṣya, Prakaraṇa, dan Stotra.
*  '''Bhāṣya''' ialah eksposisi terperinci yang berasaskan kepada kitab-kitab asas [[falsafah Vedanta]] dan agama Hindu iaitu Brahmasutras, Upanishad dan [[Bhagavad Gita]] (dikenali sebagai Prasthānatraya). Beliau juga telah menulis ulasan Viṣṇusahasranāma (Mahābhārata, Anuśāsanparva, bab 149), Sanatsujātīya (Udyogaparva, bab 40-45) dan Lalitātriśatī.
*  '''Prakaraṇa''' ialah karya-karya ringkas Advaita Vedānta. Antara karya yang popular ialah: Aparokṣānubhūti, Ātmabodha, Laghuvākyavṛtti, Upadeśasāhasrī, Vākyavṛtti, dan Vivekacūdāmaṇi.
*  '''Stotra''' atau puisi-puisi suci oleh Śaṇkara ialah Ānandalaharī, Bhajagovindastotra, Dakṣināmūrtyaṣṭaka, Daśaślokī, Gopālāṣṭaka, Harimīḍestotra, Manīṣāpañcaka, Śivabhujaṅgaprayāta, Sopānapañcaka dan Viṣṇuṣaṭpadī.