Falsafah Vedanta: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 116:
[Artikel Utama: [[Bhagavad Gita]]]
 
[[Bhagavad Gita]] bukan suatu karya falsafah yang sistematik. Namun, semua subjek-subjek utama dalam falsafah India boleh dikaji dalam mahakarya ini. Biasanya, falsafah India atau Darsana, membincangakn empat subjek ini iaitu:
* Alam dan ciptaan atau evolusi
* Kewujudan dan sifat Tuhan atau Yang Maha Mutlak
* Sifat semula jadi manusia
* Matlamat hidup manusia
Pada penghujung setiap bab, [[Bhagavad Gita]] menyebut bahawa kandungannya ialah Upanishad, Brahmavidya dan Yogasastra. Sesungguhnya [[Bhagavad Gita]] ialah sebuah 'Upanishad' atau ilmu esoterik yang diberikan oleh seorang guru bagi menjawab soalan-soalan pelajarnya. [[Bhagavad Gita]] ialah Brahmavidya kerana ia membincangkan tentang Brahman. [[Bhagavad Gita]] ialah suatu 'Yogasastra' kerana ia menghuraikan yoga atau disiplin-disiplin praktikal yang membantu seseorang mencapai ilmu rohaniah atau matlamat kehidupan.
 
Sri Krishna dipuja dan disembah sebagai Tuhan yang telah menjelma dalam rupa manusia demi melindungi manusia dan mempertahankan Dharma. Sri Krishna sering menyamakan diri-Nya dengan Tuhan dan bercakap dengan penuh otoriti dalam [[Bhagavad Gita]], Mahabharata dan Bhagavatam. Ketika menelaah falsafah [[Bhagavad Gita]], perkara ini perlu diingati.
 
=== Advaita Vedanta ===