Hinduisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 170:
 
=== Itihasa atau Epik - Ramayana dan Mahabharata ===
Ramayana dikarang oleh Valmiki dan [[Mahabharata]] pula ialah
karya Vyasa. Kedua-dua epik ini juga dikenali sebagai Itihasa dan ia mengandungi falsafah dan ajaran agama disamping cerita-cerita purba. [[Bhagavad Gita]], kitab suci utama Hindu erkandung dalam [[Mahabharata]]. Kedua-dua epik ini juga mempunyai watak-watak
utama yang mulia yang dianggap sebagai idola bagi orang Hindu.
 
Baris 182:
 
Kitab suci utama agama Hindu iaitu [[Bhagavad Gita|Bhagavad Gīta]] ialah
sebahagian epik [[Mahabharata|Mahābhārata]]. Ia mengandungi dialog-dialog antara Sri Krishna,
Jelmaan Tuhan dan putera Arjuna. Bagi menjawab soalan-soalan dan keraguan
Arjuna, Sri Krishna memberi ajaran rohani yang hebat. Ajaran ini merupakan
khazanah agama Hindu. [[Bhagavad Gita|Bhagavad Gīta]] mengandungi kebanyakan ajaran utama
Upanishad. Maka, [[Bhagavad Gita]] juga disanjung tinggi seperti Upanishad.
 
=== Āgama dan Nigama ===
Baris 197:
 
=== Pancharātra Samhitā dan Shaiva Āgama ===
Seperti Tantra, wujud dua jenis sastera lain yang dinamakan Pancharātra Samhita golongan [[Śri Vaiṣṇava|Vaishnava]] dan Shaiva Āgama. Seperti Tantra, sastera-sastera ini juga mengutarakan amalan dan doktrin agama yang sesuai untuk zaman Kali. Walaupun kedua-dua sastera ini tidak bergantung kepada otoriti Veda, ia masih tidak bercanggah dengan ajaran Veda. Satu lagi ciri khas sastera ini ialah semua orang tanpa menggira kasta dan jantina boleh mempelajarinya selepas upacara Diksha.
 
Pancharātra Samhita mempunyai dua ratus lima belas kitab berasingan. Namun, antara kitab yang popular ialah: ''Ishwara, Paushkara, Parama, Sāttwata, Brihad-Brahma'' dan ''Jnanāmritasāra Samhita''. Ishwara Samhita telah dirujuk oleh Yamunacharya sementara ''Paushkara, Parama'' dan ''Sāttwata Samhita'' dirujuk oleh [[Ramanujacharya]]. ''Jnanāmritasāra Samhita'' telah diterbitkan dengan nama ''Nārada Pancharātra''.<ref>Swami Nirvedananda, Hinduism at a Glance, ms.32-33</ref>
 
Terdapat senarai dua puluh lapan Shaiva Āgama dan setiap satu mempunyai beberapa Upāgama.