Gangga Negara: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
FaiqIQ (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
CTMakerbot (bincang | sumb.)
Baris 25:
 
==Sejarah=
Menurut kajian yang dijalankan oleh Tuan Haji Abdul Hamid Zamburi, berdasarkan buku Geographike Huphegesis yang ditulis oleh Ptolemy sekitar 150M ada menyebut tentang sebuah tempat bernama '''Coconagara''' yang terletak di Avrea Cheronesvs (Semenanjung Emas; merujuk kepada Tanah Melayu). Secara fonetiknya, sebutan '''Coconagara''' seakan-akan menyamai sebutan Gangga Negara. G. Coedes dalam The Indianized States of Southeast Asia berpendapat bahawa Coconagara itu terletak di tebing Sungai Dinding, sementara Kolonel Low pula mencadangkan ianya terletak di Sungai Dinding dan Beruas. Jika perkara ini tepat, maka ketamadunan Melayu di Beruas telah wujud sekurang-kurang sejak abad kedua tahun Masihi, iaitu merujuk kepada tahun penulisan Ptolemy. <ref>[https://www.google.com/search?q=%27Coconagara+Abdul+Hamid+Zamburi&oq=%27Coconagara+Abdul+Hamid+Zamburi&aqs=chrome..69i57.2350j0j1&sourceid=chrome&es_sm=93&ie=UTF-8#q=%27Coconagara+Abdul+Hamid+Zamburi&tbm=bks Beruas: kerajaan Melayu kuno di Perak, Othman bin Mohd. Yatim, Hassan Shuhaimi bin Nik Abd. Rahman (Nik.), Abd. Hamid Zamburi, Zainol Haji Hussin, Abd. Latib Ariffin, Persatuan Muzium Malaysia, Persatuan Muzium Malaysia, Muzium Negara, 1994 - Beruas (Kingdom) - 153 pages]</ref> Menurut catatan [[Hikayat Merong Mahawangsa]], Gangga Negara telah diasaskan oleh anakanda [[Merong Mahawangsa]] yang bernama Raja Ganjil Sarjuna. Kerajaan ini terletak di kawasan Beruas, sekitar selatan Gunung Bubu, ke arah timur Bukit Segari dan di tepi Sungai Dendang. Kerajaan ini turut merangkumi kawasan Pengkalan (Ipoh), Lembah Kinta, Bidor, Tanjung Rambutan dan Sungai Siput ,selain berubah-ubah dipercayai ekoran perubahan aliran sungai.Gangga Negara merupakan sebuah kerajaan [[Melayu]]-[[Hindu]]. Gangga Negara dipercayai sempena nama Sungai Ganges di India, manakala '''Negara''' bererti negeri dalam bahasa [[Sanskrit]]. Empayar Gangga Negara musnah ekoran serangan dan penjarahan Raja Rajendra Chola Deva I dari Coromandel, India sekitar 1025-1026. Dipercayai bahawa Raja Gangga Negara, iaitu Raja Gangga Shah Johan terkorban dalam peperangan tersebut.
 
==Arkifak==