Kelab Diraja Selangor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mengganti laman dengan 'TESTING'
Tegel (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Kelab Diraja Selangor''' atau ''Royal Selangor Club'' (juga digelarkan "The Spotted Dog") adalah sebuah [[kelab sukan]] di [[Kuala Lumpur]] yang bermula pada [[1884]]. Kelab ini terletak di Jalan Raja (dahulu Gombak Road), berhadapan dengan [[Dataran Merdeka]]. Ketika itu Dataran Merdeka dipanggil 'Padang'' sahaja.
TESTING
 
Pada 1884, ia menggunakan sebuah bangunan papan yang berbumbung atap nipah. Ahli-ahli pertamanya terdiri daripada H.F. Bellamy, D.G. Campbell, S.E. Harper, D.G. Gordon, [[Arthur Charles Alfred Norman]], S.B.R. Reyne, H.C. Syers, K. Tambusamy Pillai dan A.R. Venning. Tidak lama kemudian, bangunan itu telah memerlukan pembesaran dan pembaikan.
 
Oleh sebab tiadanya [[dewan perbandaran]] pada awal [[1890-an]], kumpulan teater amatur (serta profesional kembara) membuat persembahan mereka di Kelab Diraja Selangor. Setiap orang dikehendaki menyanyi ataupun bermain [[alat muzik]] kepada orang awam. Orang ramai yang hadir di konsert-[[konsert]] ini merokok sambil menyanyi dan bermain dengan sukarela ataupun kerana disuruh. Kaum wanita tidak dibenarkan masuk.
[[Fail:Royal Selangor Club, Merdeka Square, Kuala Lumpur.jpg|thumb|350px|right|Kelab Diraja Selangor di Kuala Lumpur]]
 
==Kedatangan Duke Windsor==
Satu peristiwa besar terjadi pada tahun [[1922]] apabila beribu-ribu orang berkumpul di padang kelab untuk menyambut [[Duke]] [[Windsor]] (pada masa itu, [[Putera Wales]]) semasa lawatannya di Kuala Lumpur. Beberapa ahli kelab dijemput mengambil bahagian dalam pasukan [[polo]] yang diketuai oleh [[Sultan Perak]] dalam permainan dengan pasukan Putera. Dalam pasukan pelawat itu terdapat seorang [[leftenan]] yang muda, [[Louis Mountbatten|Lord Louis Mountbatten]] yang kembali 23 tahun kemudian sebagai [[Ketua Turus Angkatan Bersenjata Pihak Berikat]] bagi [[Asia Tenggara]] sewaktu penyerahan [[Jepun]].
 
==Banjir besar 1910==
Pada tahun [[1910]], Kelab Diraja Selangor mengalami [[banjir]] besar yang amat teruk. Oleh sebab itu, dua orang daripada ahli kelab telah ditugaskan untuk membuat rancangan pencegahan banjir pada [[1921]]. Walau bagaimanapun, [[kemerosotan ekonomi]] pada waktu itu memaksakan rancangan tebatan banjir itu ditangguh. Banjir yang paling teruk terjadi pada Disember [[1925]] serta Disember [[1926]]. Banjir 1926 menyebabkan Kuala Lumpur terasing selama beberapa hari.
 
==Kebakaran 1970==
[[Kebakaran]] terjadi dibahagian utama kelab pada malam [[20 Disember]] [[1970]]. Ia bermula dari bilik [[dapur]] pada 10.30 malam tanpa sebarang kecederaan.
 
==Pembesaran dan baikpulih==
Pada Ogos [[1971]], rancangan untuk bangunan baru telah dipamerkan untuk persetujuan ahli-ahli. Pelan itu kemudian diserah kepada [[Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Dewan Bandaraya]] dan mengakibatkan perundingan ulang-alik selama tujuh tahun. Pada suatu peringkat, yakni pada Oktober [[1972]], Kerajaan mengumumkan bahawa ia memerlukan padang itu untuk pembinaan sebuah [[pusat sivik]] dan oleh sebab itu, Kelab Diraja Selangor dikehendaki beralih. Beberapa tapak alternatif telah dicadangkan tanpa sebarang keputusan.
 
Pada [[1977]], mendiang Hakim Tan Sri H.S. Ong dilantik sebagai [[Presiden]]. Bersama-sama dengan timbalannya, Hakim Datuk Harun M.Hashim, mengadakan [[mesyuarat agung luar biasa]] (EGM) bagi membincangkan masa hadapan kelab itu. Diputuskan bahawa perbincangan diadakan semula dengan Dewan Bandaraya mengenai pelan yang diserah pada 1972.
 
Selepas kematian Tan Sri Ong pada [[1978]], Datuk Harun mengambil alih jawatan Presiden dan pada Julai tahun itu, beliau mendapat keizinan untuk membina semula bangunan kelab di tapak asal. Kontraktor-[[kontraktor]] di bawah [[arkitek]] Fong Ying Leong memulakan kerja pada [[5 November]] [[1978]] dan pembinaannya disiap pada Disember [[1980]] dengan menelankan kos sebanyak RM6 juta. Kini, bangunan Kelab Diraja Selangor merupakan salah satu daripada bangunan yang terbaik di [[Asia]].
 
Ruang tambahan sukan Kiara dibuka dan dirasmi oleh DYMM [[Yang di-Pertuan Agong]], [[Sultan Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman]] pada Ahad, [[7 Jun]] [[1998]].
 
==Pautan luar==
* [http://www.rscweb.org.my/ Laman Rasmi Kelab Diraja Selangor]
 
[[Kategori:Binaan dan struktur di Kuala Lumpur]]
[[Kategori:Kelab sukan di Malaysia]]