Keretapi Tanah Melayu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
A2613 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 32:
 
===Laluan Pantai Timur===
''Laluan Pantai Timur'' bermula dari [[Gemas]] di [[Negeri Sembilan]] dan [[Tumpat]] serta [[Rantau Panjang]], semuanya di [[Kelantan]]. Gemas adalah tempat pertemuan landasan di di antara Pantai Barat dan Pantai Timur. Seperti di pantai Barat, ia juga dikenali dengan laluan Pantai Timur kerana ia melalui dua negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia, iaitu [[Pahang]] dan [[Kelantan]]. Sebenarnya, ia tidak melalui kesemua pantai dan hanya bertemu dengan Laut China Selatan apabila ia tamat di Tumpat. Ia melalui kawasan pedalaman, selalu melalui hutan tebal, yang secara ringkasnya dengan nama "Laluan Hutan".. [[Terengganu]] sahaja yang merupakan negeri di Semenanjung Malaysia yang tidak dihubungi dengan landasan keretapi (tetapi terdapat rancangan untuk memanjangkan laluan landasan Petronas ke Kuantan dan seterusnya ke Mentakab), manakala di Negeri [[Melaka]] dihubungi dengan [[Stesen Keretapi Pulau Sebang]] di [[Pulau Sebang]] (Bandar Pulau Sebang bersambung dengan bandar Tampin) yang terletak di daerah Alor Gajah, Melaka. Stesen keretapi ini berada dalam kawasan Negeri Melaka. Sebuah lagi stesen KTMB di Negeri Melaka ialah Stesen Keretapi Batang Melaka yang terletak dalam daerah Jasin. Jajaran landasan keretapi melalui Negeri Melaka sejauh 32 kilometer bermula dari Batang Melaka hingga Kendong dekat Rembau Negeri Sembilan. Stesen Keretapi Tebong dekat Alor Gajah dan Kendong telah ditutup.
 
===Infrastruktur===