D'Febians: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
HaizadSys (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
HaizadSys (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 69:
Pada tahun 2001 hasil pertemuan Yazeed Muhammad (Yazid) dan Aziz Mohamed (Aziz), mereka bersepakat untuk menghidupkan semula Febians. Percubaan awal dilakukan dengan barisan Yazeed Muhammad (Yazid), Aziz Mohamed (Aziz), Man Bukit dan Samad Isa (Samad). Namun usaha mereka bertahan untuk beberapa bulan sahaja.
 
Tahun 2003 cubaan Jasmin Zainal (Hana), Yazeed Muhammad (Yazid) dan Sufian Samiran (Yan) mengembalikan Febians kali ini dengan menampilkan Omma Akira sebagai gitaris juga Samsuri Hj. Tahir (Sham) sebagai drummer. Malangnya Jasmin Zainal (Hana) tidak mampu untuk membawa peranannya sebagai penyanyi maka sekali lagi langkah Febians terhenti. Menjelang tahun 2004 dengan barisan pemuzik yang sama, kali ini menampilkan penyanyi baru bernama Zam namun hanya bertahan selama setahun sahaja.
 
Memasuki tahun 2005, Yazeed Muhammad (Yazid) mula mengusahakan studio jamming dan beliau memberi laluan kepada Ithnin untuk mengambil alih peranan sebagai bassist. Namun mereka juga gagal.