D'Febians: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
HaizadSys (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
HaizadSys (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 75:
Tahun 2006 giliran As pula mengemudi Febians sebagai drummer bersama Aziz Mohamed (Aziz), Din PP (Din Kilauan Emas) dan Wai. Gabungan ini bertahan sehingga tahun 2013 sebelum sekali lagi Jasmin Zainal (Hana) kembali dengan percubaan untuk menghidupkan semula Febians bersempena dengan kebangkitan Rock Kapak dan siri konsert Rockers Apa Khabar. Ketika ini Febians kembali bergerak dengan Yazeed Muhammad (Yazid), Sufian Samiran (Yan) dan Samsuri Hj. Tahir (Sham). Namun Jasmin Zainal (Hana) masih mengulangi kelemahan silam iaitu tidak mampu menguasai vokal sebagai penyanyi Febians.
 
Audition dilakukan untuk mengisi tempat Hana dengan cubaan membawa Ali, merupakan bekas penyanyi studio A.M.S Music Masai dan gitaris baru bernama Emi. Namun mereka juga gagal memenuhi kriteria untuk berjuang bersama Febians. Akhirnya Ali, Emi dan Sufian Samiran (IansYan) bertindak menarik diri dari Febians pada awal tahun 2015.
 
Tahun 2015, Febians mula mengatur langkah yang lebih serius untuk membuat 'comeback'. Kali ini dengan barisan yang menggandingkan generasi lama dan baru. Dua anggota asal yang pernah bersama Febians iaitu Samsuri Hj.Tahir (Sham) dan Yazeed Muhammad (Yazid) bergandingan dengan muka baru iaitu Norkamal Abd. Ghani (Nano), Rahmat, Raymie Hj. Tahir (Raymie) dan Hisham Zainon (Sham CM) membentuk kembali Febians 2015.