Lapisan pengangkutan: Perbezaan antara semakan

tiada ringkasan suntingan
k (Bot: Memindahkan 29 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q209372)
Tiada ringkasan suntingan
Lapisan pengangkutan memastikan bahawa paket tidak hilang semasa penghantaran dan paket juga adalah bebas dari ralat, dalam turutan, dan tidak dibuat salinan. Lapisan ini akan mengumpul semula utusan-utusan, membahagi utusan yang panjang kepada paket-paket, dan mengumpulkan semua paket yang kecil untuk dijadikan satu pakej. Ini akan memastikan supaya paket-paket dapat dihantar dalam rangkaian dengan cekap. Di bahagian penerima, lapisan pengangkutannya akan membuka utusan-utusan tersebut, menyusunnya semula kepada bentuk utusan yang asal, dan menghantar maklum balas penerimaan.
 
Lapisan pengangkutan bertanggungjawab dalam penghantaran keseluruhan utusan dari penghantar ke penerima. Sedangkan lapisan rangkaian menguruskan penghantaran paket-paket secara berasingan, tanpa mengecam perhubungan antara paket-paket tersebut. Lapisan rangkaian juga membaca paket itu secara berasingan seolah-olah setiap satu paket itu adalah utusan yang berlainan, walaupun ia adalah satu utusan yang sama. Tetapi lapisan pengangkutan akan memastikan bahawa keseluruhan utusan itu sampai ke destinasinya. Lapisan pengangkutan memberi kawalan aliran (''flow control''), mengurus ralat (''error handling''), dan juga menyelesaikan masalah penghantaran dan penerimaan paket.<ref>[https://mobdrodownloads.com Mobdro]</ref>
 
== Lihat juga ==
Pengguna awanama