Buka menu utama

Perubahan

40 bait dibuang ,  12 tahun lalu
templat Bizet
{{Opera Bizet}}
[[Imej:Georges bizet.jpg|thumb|right|200px|Georges Bizet]]
 
'''''Georges Bizet''''' ([[Oktober 25]], [[1838]] – [[Jun 3]], [[1875]]) ialah seorang [[penggubah]] [[Perancis]] dan juga pemain piano dari [[muzik era romantis]]. Beliau amat dikenali dengan [[opera]] terbaik gubahan beliau berjudul "''[[Carmen]]''".
 
Bizet juga menggubah sebuah [[opera]] yang romantik berjudul ''Djamileh'' yang dilihat sebagai titik awal untuk ''[[Carmen]]'' pada tahun [[1875]]. [[Opera]] ''[[Carmen]]'' menjadi hasil karya opera Bizet yang terbaik. Jalan cerita [[opera]] itu diambil dari novel hasil karya Mérimée yang ditulis pada tahun 1846. Watak ''Carmen'' dilakonkan oleh seorang penyanyi [[mezzo-soprano]].
 
Pada awalnya, opera ''[[Carmen]]'' kurang diterima namun kemudiannya opera itu mendapat pujian tinggi dari [[penggubah]]-penggubah terkenal sezaman dengan beliau seperti Claude Debussy, Camille Saint-Saëns dan Pyotr Ilyich Tchaikovsky.
 
Pendapat dan pujian penggubah-penggubah terkenal terbukti menjadi kenyataan apabila [[opera]] ''Carmen'' menjadi salah satu kerjaseni [[opera]] terbaik dan kerap dipersembahkan sehingga ke hari ini. Namun, Bizet tidak sempat untuk menikmati kejayaan opera tersebut apabila beliau meninggal dunia pada usia 36 tahun, hanya selepas beberapa kali sahaja opera itu dipersembahkan. Beliau dikebumikan di Tanah perkuburan Père Lachaise is [[Paris]]
6,910

suntingan