Mustard: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 8:
'''Mustard''' ([[bahasa Belanda|Belanda]] ''mosterd''; [[bahasa Inggeris|Inggeris]] ''mustard'') adalah salah satu [[rempah]] yang berasal dari [[biji]] tanaman '''[[sesawi]]''' (beberapa [[spesies|jenis]]'' [[Brassica]]'' dan'' [[Sinapis]] '') yang dihaluskan, sebelum dicairkan dengan air dan ditambah bahan-bahan lain. Rempah ini mempunyai rasa agak [[pedas]] dan agak menyengat di [[lidah]] dan lelangit mulut yang agak mirip dengan [[wasabi]]. Mustard telah lama menjadi penyedap dalam khazanah masakan [[Eropah]].
 
Jenis mustard bergantung kepada bahan asasnya. Sumber mustard adalah [[biji]] tanaman [[sesawi putih]] (''Sinapis alba''), [[sesawi hitam]] (''Brassica nigra''), atau [[sesawi coklat]] / India (''Brassica juncea''). Mustard putih memberikan rasa yang paling "lembut", sedangkan mustard hitam memberikan rasa pedas dan menyengat yang kuat. Jenis-jenis mustard ini masih berkerabat dekat dengan [[sawi]] ('' B. rapa''), [[rapa]] ('' B. napus'') dan [[kubis]] (''B. oleracea''). Biji-biji tumbuhan kerabat ini sebetulnya juga dapat diolah menjadi mustard tetapi aromanya kurang tajam sehingga jarang dipakai.
 
Mustard dari [[Dijon]] dan [[Meaux]] sangat terkenal di seluruh dunia, begitu pula mustard [[Inggeris]] asal [[Norwich]] dan [[Tewkesbury]]. Mustard biasanya dijual dalam bungkusan [[botol]] gelas, botol plastik, atau dalam [[tube]]. Tanda mustard yang terkenal di [[Amerika Syarikat]], contohnya: ''Plochman's'', ''French's'' dan ''Gulden's''. Tanda mustard ''Amora'' dan ''Maille'' popular di Perancis, sedangkan tanda ''Colman's'' lebih popular di England. Di [[Jerman]], mustard juga popular sebagai teman [[sosej]] bakar. Jenama yang dominan adalah Tom's.