Parti Komunis Malaya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Normas Fazly (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh Normas Fazly (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Interscale2
Baris 13:
Menerusi [[MPAJA]], bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari [[United Kingdom|British]]. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera [[MPAJA]] dianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku pihak [[United Kingdom|British]] dan anggota pasukan keselamatan terpaksa berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera yang telah dilatih untuk berperang. Manakala dari segi penglibatan negara luar pula, Parti Kuomintang dari China memainkan peranan yang penting untuk menyebarkan perfahaman komunis ke Tanah [[Melayu]]. Cawangan Kuomintang di [[Tanah Melayu]] diharamkan oleh British. Walau bagaimanapun, golongan komunis di [[Tanah Melayu]] menubuhkan Parti Komunis Nanyang tetapi diharamkan pada tahun 1930 kemudian menubuhkan pula Parti Komunis Malaya.
 
Tujuan utama penubuhan PKM adalah untuk menubuhkan sebuah Negara Republikrepublik komunis di [[Tanah Melayu]] yang mengamalkan pemerintahan kuku besi dan menghapuskan kuasa raja raja melayu seperti yang terjadi pada Tsar di Russia dan Maharaja China. Semasa pemerintahan Jepun PKM menubuhkan [[MPAJA]] untuk menentang [[Jepun]]. [[MPAJA]] mendapat sokongan daripada orang Cina[http://ms.wikipedia.org/wiki/Tionghoa].
 
Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila [[MPAJA]] dan melalui beberapa pertubuhan seperti [[Min Yuen]], MRL dan sebagainya. Beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku di [[Tanah Melayu]], terutamanya di bahagian selatan [[Tanah Melayu]]. Akibatnya, orang-orang Melayu mulai bertindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga, seperti pasukan yang diketuai oleh Panglima Salleh Selempang Merah. Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan komunis [[Bintang Tiga]] tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan komunis Bintang Tiga merampas [[Tanah Melayu]] dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera [[MPAJA]] dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.