Parti Komunis Malaya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh Normas Fazly (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Interscale2
Tiada ringkasan suntingan
Baris 15:
Tujuan penubuhan PKM adalah untuk menubuhkan sebuah republik komunis di [[Tanah Melayu]]. Semasa pemerintahan Jepun PKM menubuhkan [[MPAJA]] untuk menentang [[Jepun]]. [[MPAJA]] mendapat sokongan daripada orang Cina[http://ms.wikipedia.org/wiki/Tionghoa].
 
Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila [[MPAJA]] dan melalui beberapa pertubuhan seperti [[Min Yuen]], MRL dan sebagainya. Mereka menguasai tanah melayu selama 14 hari.Beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku di [[Tanah Melayu]], terutamanya di bahagian selatan [[Tanah Melayu]]. Akibatnya, orang-orang Melayu mulai bertindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga, seperti pasukan yang diketuai oleh Panglima Salleh Selempang Merah. Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan komunis [[Bintang Tiga]] tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan komunis Bintang Tiga merampas [[Tanah Melayu]] dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera [[MPAJA]] dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.
 
Parti Komunis Malaya telah menguasai Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada [[Mokhtaruddin Lasso]] (Presiden), [[Arshad Ashaari]] (bendahari), [[Rashid Maidin]], [[Abdullah C.D]]. Parti Kebangsaan Melayu Malaya lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949. {{fakta}}