Hassan Said: Perbezaan antara semakan

2,219 bait ditambah ,  6 tahun lalu
isi
(biografi)
(isi)
Profesor Emeritus Dato' Dr. Hassan bin Said dilahirkan di Kelantan pada 1 Januari 1965. Pada tahun 1979, beliau menamatkan Ijazah Sarjana Muda Matematik di University of Manchester, United Kingdom. Beliau kemudian menerima penganjian dalam bidang Master of Science di Brunel University, United Kingdom dan tamat pada 1981 dan terus menerima PhD dari Brunel University, UK pada tahun 1984, pengkhususan dalam Reka Bentuk Geometri Dengan Bantuan Komputer (Computer Aided Geometric Design).
 
Profesor Hassan memulakan karier sebagai pensyarah Matematik di Sekolah Sains Matematik di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1984. Kemudian, beliabeliau dilantik sebagai Dekan sekolah tersebut pada tahun 1990. Lima tahun kemudian, belia dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik) di USM, sebelum dipinjamkan ke Kementerian Pendidikan pada tahun 1998 sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi.
 
Sepanjang karier, Profesor Hassan telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah di pelbagai universiti awam dan swasta, serta ahli majlis di pelbagai badan korporat di dalam dan luar negara termasuk Governing Board Member of the South - Easteast Asia Minister of Education for the Regional Centre of Higher Education (SEAMEO-RIHED) dari tahun 1990 hingga 2008. Kini, beliau adalah salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Asia e-University dan Kolej Universiti Yayasan Sabat; dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Koleh Unviersiti Islam Perlis. Beliau juga merupakan ahli Dana Pembangunan Pasaran Modal (CMDF), Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia.
 
Beliau juga merupakan ahli Majlis Pendidikan Tinggi Nasional (MPTN) dan Ketua Projek Khas Nasional dalam Pendidikan Tinggi Swasta, Majlis Profesor Negara (MPN). Beliau merupakan Felo di Persatuan Matematik Malaysia, Mathematical and Its Application UK (FIMA) dan Akademi Sains Malaysia (FASc).
 
Profesor Hassan mempunyai 17 penerbitan penyelidikan yang ditulis olehnya dan menjadi penulis bersama. Beliau juga telah membentangkan kertas kerja dan memberi taklimat di pelbagai konferensi dan seminar di seluruh dunia. Sumbangan beliau yang paling besar di dalam dunia akademik adalah melalui Reka Bentuk Geometri Dengan Bantuan Komputer (CAGD) di mana beliau telah memperkenalkan kelas baru dalam penggabungan fungsi, yang diberi nama fungsi Generalised Ball Basis yang juga dikenali sebagai Said Basis function.
 
== Kelayakan ==
 
=== Akademik ===
* Ijazah Sarjana Muda Matematik, Universitiy of Manchester, UK
* Master of Sciece, Brunel Unviersity, UK
* PhD (Computer Aided Geometric Design), Brunel University, UK
 
=== Doktor Kehormat ===
* Doktor Kehormat (Sains), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
* Doktor Kehormat (Sains), Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
* Doktor Kehormat (Kejuruteraan), Unviersity of Birmingham (UOB)
* Doktor Kehormat (Pengurusan Perniagaan), University of West England, UK
* Doktor Kehormat (Kepimpinan Pendidikan), Asia e-University, Malaysia (AeU)
* Doktor Kehormat (Pengurusan Sumber Manusia), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
* Doktor Kehormat (Doctor Honoris Causa), University of Toulouse Jean Jaures, Perancis
* Doktor Kehormat (Undang-Undang), The University of Nottingham, Malaysia Campus
 
== Pengalaman ==
 
=== Kerjaya ===
* Pensyarah, Fakulti Matematik Universiti Sains Malaysia (1984 - 1990)
* Dekan, Fakulti Matematik Universiti Sains Malaysia (1990 - 1995)
* Timbalan Naib Canselor (Akademik), Universiti Sains Malaysia (1995 - 1998)
* Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (2005 - 2008)
* Naib Canselor, Taylor's University (2009 - 2015)
* Naib Canselor, Universiti Teknologi MARA (2016 - sekarang)
 
=== Keahlian Profesional ===
* Felo, Akademi Sains Malaysia (FASc.)
* Felo, Institut Matematik dan Aplikasi ITS, UK (FIMA)
* Felo, Pertubuhan Matematik Malaysia
* Ketua Projek Khas Pendidikan Swasta, Majlis Profesor Negara
* Ahli Majlis Pendidikan Tinggi Negara
 
== Sumbangan ==
# Memperkenal Generalised Ball Basis Functions (Said Basis Functions) melalui Computer Aided Geometric Design (CAGD)
# Terlibat dalam penubuhan Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)
# Terlibat dalam penubuhan Universiti Penyelidikan
# Ahli Majlis Dana Pembangunan Pasaran Modal (CMDF), Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia
# Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, Kolej Universiti Islam Perlis
# Ahli Lembaga Pengarah, Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Asia e-University dan Kolej Universiti Yayasan Sabah
# Governing Board Member of South-east Asia Ministers of Education for the Regional Centre of Higher Education (SEAMEO - RIHED)
 
== Rujukan ==
#
<references />