Kuchiki Byakuya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Baris 49:
 
[[Image:Senbonzakura Kageyoshi Vibrant display of the thousand cherry blossoms.jpg|thumb|Tahap ''bankai'' Senbonzakura, bentuk tambahan pertama.]]
Tahap ''[[zanpakutō#Lepasan Tahap Akhir|bankai]]'' Senbonzakura milik Byakuya, dinamakan ''Senbonzakura Kageyoshi'' (千本桜景厳, ''makna kasar'': Kelipan Pameran Ribuan Bunga Sakura) merupakan versi yang lebih besar kepada bentuk ''shikai''nya. Untuk mengaktifkannya, Byakuya melepaskan pegangan pedang di hulunya. Pedang itu kemudian jatuh menembusi tanah, diikuti dengan dua barisan pedang-pedang gergasi yang timbul daripada tanah di belakang Byakuya. Mereka kemudian berpecah menjadi berjuta-juta bilah kecil. Bilangan bilah yang bertaburan ini mampu menyokong sebagai senjata menyerang dan juga sebagai perisai Byakuya. Seringkali, Byakuya menggunakan tahap ini untuk membentuk mereka dalam satu gumpalan besar untuk menghancurkan lawannya sekaligus.<ref>Manga ''Bleach'' manga, chapterbab 142</ref><ref>Manga ''Bleach'', bab 161</ref>
 
Tahap ''bankai'' Byakuya mempunyai dia bentuk tambahan, diaktifkan dengan menyusun pedang-pedang dalam bentuk-bentuk berbeza. Mereka diaktifkan dengan mengatakan nama teknik yang digunakan diikuti dengan nama ''bankai''nya. Yang pertama ialah ''Senkei'' (殲景, ''makna kasar:'' Kejadian Pembunuhan Beramai-ramai), yang akan menyatukan kelopak-kelopak yang bertaburan itu menjadu pedang-pedang yang lengkap yang seterusnya mencipta empat barisan disekitar Byakuya dan lawannya. Walaupun Byakuya boleh mengawal pedang-pedang ini seperti bilah-bilah biasanya, dia selalunya menyerang dengan satu pedang sahaja. Dia juga boleh menyeru pedang-pedang lain untuk menikam lawannya. Dia juga mampu menyeru kesemua pedangnya untuk satu serangan yang kuat. Bentuk tambahan kedua ialah ''Shūkei'' (終景, ''makna kasar:'' Kejadian Terakhir), yang mengukuhkan sebilah pedang daripada segala bilah-bilah kecil disekitarnya untuk kuasa yang tinggi. Pedang ini berupa putih bersinar, seperti nama yang digelar ''Hakuteiken'' (白帝剣, ''makna kasar:''Pedang Agung Putih). Byakuya juga menumbuhkan dua sayap berwarna putih dan sebuah bulatan di belakangnya yang dicipta oleh kuasa semangat. Dalam anime, makhluk berupa seakan-akan naga muncul daripada Senbonzakura untuk mencipta saya-sayap. Kegunaan sayap-sayap ini tidak dapat dipastikan sama ada mereka mampu digunakan ataupun tidak.