Raja Nah bt Sultan Umar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Mengosongkan laman
Baris 1:
'''Raja Pah''' adalah salah seorang puteri [[Sultan Umar bin Raja Sakti|Sultan Umar]], dari Dinasti D'Raja Jembal yang memerintah kerajaan Kelantan yang berpusat di Kota Jembal (Kedai Lalat sekarang) pada abad ke-18. Baginda juga adalah isteri kedua [[Long Besar]] atau [[Tuan Besar Long Bahar|Long Bahar]] anak Datuk Pengkalan Tua [[Kerajaan Pattani|raja Patani]].<ref>Saad Shukri bin Haji Muda. (1971). Detik2 Sejarah Kelantan. Kota Bharu: Pustaka Aman Press.</ref> Hasil dari Perkahwinan baginda bersama dengan suaminya Tuan Besar Long Baha beroleh lima putera iaitu Tuan Kundur (Raja Muda @ Raja di Kota Sening), Long Nik Halus, Tuan Jebok, Tuan Nik Junuh , Tun Raja Ali serta seorang puteri iaitu Tuan Puteri Lepok.
 
Pada 1725, berikutan kematian Kekanda baginda [[Raja Kecil Sulung]], berlaku perebutan kuasa di antara baginda dengan anaknda saudara baginda [[Raja Abdul Rahman bin Raja Kecil Sulung|Raja Abdul Rahman]] iaitu anak Raja Kecil Sulung. Kesudahannya, suami baginda [[Long Besar|Long Bahar]] dilantik menjadi Raja Kelantan yang berpusat di Kota jembal.
 
Legasi baginda Raja Pah bersama Suaminya Tuan Besar Long Baha melalui Anaknda putera sulongnya Raja Muda Tuan Kundur (Raja di Kota Sening) iaitu Tuan Khomis (Mandur Mis) yang menjadi Raja Lundang dan keturunannyalah yang telah memainkan peranan penting mengawasi kestabilan Kedaulatan Negeri Kelantan sehingga awal abad ke 20. Legasi Keturunannya hingga sekarang masih wujud dan bertebaran khususnya di [[Lundang|Lundang]] , Kota Bharu.
 
== Rujukan ==
{{reflist}}
 
[[Kategori:Orang dari Kelantan]]