Perbezaan antara semakan "Kota Bharu"

45 bait ditambah ,  4 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
(Fail Kota_Sri_Mutiara_.jpg telah dibuang kerana ia telah dihapuskan di Commons oleh Didym)
}}
 
'''Kota Bharu''' (KB) ialah [[ibu negeri]] [[Kelantan]], berhampiran dengan sempadan negara Thailand. Bandar ini mula dibuka pada masa pemerintahan [[Sultan Muhammad II]] pada tahun 1844, dan merupakan bandar tertua di sebelah [[Pantai Timur, Semenanjung Malaysia|pantai timur Semenanjung Malaysia]]. Bandar ini terletak tidak jauh dari muara [[Sungai Kelantan]]. Kota Bharu menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan negeri Kelantan. Kota Bharu tidak mempunyai rangkaian lebuh raya tetapi boleh dihubungi melalui lebuh raya terdekat [[Lebuhraya Pantai Timur]] dan susur keluar di Jabor, Kemaman dan meneruskan melalui Jalan Persekutuan 12 ke Kuala Berang dan Kuala Terengganu dan menuju ke Kota Bharu atau [[Lebuhraya Utara Selatan]] di persimpangan [[Simpang Pulai]] yang melalui Cameroon Highland menuju ke Gua Musang dan seterusnya ke Kota Bharu di Jalan Persekutuan 8 . Kota Bharu juga tidak mempunyai rangkaian kereta api tetapi boleh menggunakan [[Stesen keretapi Wakaf Bharu|stesen kereta api]] terdekat di [[Wakaf Bharu]] 5 kilometer ke utara Kota Bharu.
 
Kota Bharu juga merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada [[Jajahan Kota Bharu|Kota Bharu]], [[Jajahan Pasir Mas|Pasir Mas]], [[Tumpat]], [[Pasir Puteh, Kelantan|Pasir Puteh]], [[Bachok]], [[Kuala Krai]], [[Machang]], [[Tanah Merah]], [[Jeli]] dan [[Gua Musang]].
Pengguna awanama