Ayat pasif (bahasa Melayu): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
mother
Rxy (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 2001:E68:541A:2629:210C:E89F:2616:3753 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri
Baris 1:
{{tatabahasa}}
niabu a orang cibai ni

'''Ayat pasif''' ialah ayat yang menekankan objek dan perbuatannya berbanding "ayat aktif" yang menekankan si pelaku. Kedua-dua ayat tidak ada kelainan makna apa pun. Bagaimanapun, sasterawan dan penulis yang baik sering menggunakan ayat aktif dan ayat pasif secara sedar, bergantung kepada apa yang hendak ditekankan.

Kebetulan, hikayat-hikayat Melayu dan karya sastera Melayu lama lebih banyak menggunakan ayat pasif. Prof. St. [[Takdir Alisjahbana]] berpendapat bahawa kejadian itu disebabkan oleh cara hidup atau sikap pasif orang Melayu pada zaman silam. Bagaimanapun, ahli bahasa [[Awang Sariyan]] tidak bersetuju dengan pendapat itu, dan berasa bahawa pemilihan ayat pasif itu sebenarnya "mencerminkan budi dan peribadi orang Melayu yang tidak menekankan ego individu". Menurutnya, "barangkali dengan perubahan nilai hidup moden, penulis sekarang lebih banyak menggunakan ayat aktif yang menekankan pelaku".

==Ayat pasif untuk pelaku pertama dan kedua==
Proses membentuk ayat pasif diri pertama dan kedua adalah sama dan terdiri daripada dua langkah:
# Objek dipindahkan ke pangkal ayat;
# Awalan meN digugurkan.

===Kesalahan yang biasa berlaku===
====1.   Kesalahan menggunakan aturan ayat pasif bahasa Inggeris====
Kesalahan yang agak meluas berasal khususnya daripada mereka yang bersikap keinggerisan. Misalnya:
# Surat itu telah dihantar oleh saya semalam.
# Borang itu mesti diisikan oleh anda dahulu.

Dalam bahasa Inggeris, ayat di atas memang boleh diterima:
# ''That letter was sent by me yesterday''.
# ''The form must be filled by you first''.

Sebenarnya, aturan di atas ini juga merupakan aturan ayat pasif untuk pelaku ketiga. Umpamanya, ayat-ayat yang berikut adalah betul:
# Surat itu telah dihantar oleh Ali semalam.
# Borang itu mesti diisikan oleh pemohon dahulu.

Oleh itu, kesalahan ini juga boleh dianggap sebagai "kesalahan menggunakan aturan ayat pasif untuk pelaku ketiga".

====2.   Kesalahan tidak menggugurkan meN====

{| align=center border=1 cellspacing=0

! rowspan=2 | Ayat aktif
! colspan=2 | Ayat pasif

! Salah || Betul

| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | '''''Saya membeli''''' kereta itu daripada Ali.
| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Kereta itu '''''saya membeli''''' daripada Ali.
| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Kereta itu '''''saya beli''''' daripada Ali.

| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | '''''Anda mesti menjawab''''' soalan-soalan itu.
| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Soalan-soalan itu '''''mesti anda menjawab'''''.
| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Soalan-soalan itu '''''mesti anda jawab'''''.

| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | '''''Kamu mestilah menyiapkan''''' kerja itu hari ini.
| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Kerja itu '''''mesti kamu menyiapkan''''' hari ini.
| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Kerja itu '''''mesti kamu siapkan''''' hari ini.

====3.   Kesalahan menyisipkan kata lain antara pelaku dengan kata kerja pasif====
Frasa subjek dan kata kerja pasif merupakan satu ikatan yang tidak boleh dipisahkan. Oleh itu, jika anda menggunakan kata bantu atau kata nafi, kata itu tidak boleh disisipkan antara pelaku dengan kata kerja pasif.

{| align=center border=1 cellspacing=0

! Salah || Betul

| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Buku itu '''''saya telah baca'''''.
| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Buku itu '''''telah saya baca'''''.

| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Buku itu '''''saya tidak baca'''''.
| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Buku itu '''''tidak saya baca'''''.

| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Kerja itu '''''kamu mesti siapkan''''' hari ini.
| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Kerja itu '''''mesti kamu siapkan''''' hari ini.

==Ayat pasif untuk pelaku ketiga==
Oleh sebab aturan ayat pasif untuk pelaku ketiga sama saja dengan aturan ayat pasif bahasa Inggeris, kesalahan ayat pasif ini jarang dibuat oleh mereka yang bersikap keinggerisan. Sebaliknya, kesalahan ayat pasif ini dibuat oleh kalangan yang sepatutnya fasih dalam bahasa Melayu tetapi suka menggunakan bahasa dengan cara yang mudah. Memang ada baiknya menggunakan bahasa yang mudah supaya semua orang mudah faham, tetapi bahasa yang mudah mesti juga mematuhi aturan.

===Kesalahan yang biasa berlaku===
Ayat-ayat berikut yang salah lazim diucapkan orang sehingga dianggap betul.

{| align=center border=1 cellspacing=0

! Salah || Betul

| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Buku itu '''''Ahmad baca'''''.
| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Buku itu '''''dibaca oleh Ahmad'''''.

| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Surat itu '''''abang hantar''''' semalam.
| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Surat itu '''''dihantar oleh abang''''' semalam.

| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Kerja itu '''''mereka mesti siapkan''''' hari ini.
| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Kerja itu '''''mesti disiapkan oleh mereka''''' hari ini.

==Perbandingan antara bentuk kata kerja pasif diri==

{| align=center border=1 cellspacing=0

! style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Kata kerja aktif
! style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Pasif diri pertama
! style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Pasif diri kedua
! style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Pasif diri ketiga
|-align=center
| memberi
| saya beri
| anda beri
| diberi
|-align=center
| menyapu
| kusapu
| kausapu
| disapu
|-align=center
| melukis
| kami lukis
| kamu lukis
| dilukis
|-align=center
| membayar
| kita bayar
| anda bayar
| dibayar

==Ayat pasif yang lain==
===Ayat pasif "ber"===
Selain daripada digunakan dalam ayat aktif, awalan "ber" kekadang juga digunakan dalam ayat pasif selepas "belum" dan "sudah" sebagai ganti untuk awalan "di":

{| align=center border=1 cellspacing=0

! Penggunaan "ber" || Penggunaan "di"

| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Seluar saya belum '''''berjahit'''''.
| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Seluar saya belum '''''dijahit'''''.

| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Surat itu sudah '''''bertaip'''''.
| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Surat itu sudah '''''ditaip'''''.

| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Pintu rumah sudah '''''berkunci'''''.
| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Pintu rumah sudah '''''dikunci'''''.

Bagaimanapun, kedua-dua awalan membawa konotasi yang berlainan. Awalan "di" membawa tanggapan bahawa kata kerja pasif itu dihubungkan dengan pelaku ketiga, sedangkan awalan "ber" tidak ada penekanan pelaku sama sekali. Ini disebabkan bahawa "di" sering diikuti oleh "oleh", umpamanya "Seluar saya belum dijahit oleh seseorang". Bagaimanapun, penggunaan "ber" dalam bentuk ini juga membayangkan kekayaan gaya bahasa Melayu yang menyebabkan bahasa ini hidup dan menarik.

===Ayat pasif "ter"===
Awalan "ter" dalam ayat pasif biasanya berkaitan dengan keupayaan dan tanda selesainya sesuatu perbuatan atau perbuatan yang sedia berlaku.

{| align=center border=1 cellspacing=0

! Menunjukkan keupayaan || Menunjukkan perbuatan yang siap

| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Batu yang besar itu '''''terangkat''''' olehku.
| style="padding: 2px 30px 2px 30px;" | Kedai itu '''''tertutup''''' sejak tadi.

| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Projek yang rumit itu '''''terlaksana''''' juga oleh usahawan baru.
| style="padding: 2px 30px 2px 30px;" | Buku ini '''''terkarang''''' oleh Awang Sariyan.

| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Cita-cita ibu yang besar itu '''''tertunai''''' juga olehnya.
| style="padding: 2px 30px 2px 30px;" | Perabot di ruang tamu itu '''''tersusun'''''.

Dalam penggunaan bahasa sekarang, bentuk ayat pasif sedemikian untuk menunjukkan keupayaan amat kurang, tetapi masih sah.

===Ayat pasif "ke-an"===
Ayat pasif yang menggunakan imbuhan "ke-an" sebagai ganti untuk "mengalami keadaan" ialah ungkapan yang tetap bentuknya dan tidak dapat diubah-ubah lagi. Bagaimanapun, dengan berdasarkan pola yang sedia ada itu, banyak lagi ayat pasif "ke-an" dapat dibentukkan.

{| align=center border=1 cellspacing=0

! Penggunaan bentuk pasif "ke-an" || Maksud

| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Kerana lewat bangun, saya '''''ketinggalan bas'''''.
| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Kerana lewat bangun, saya '''''mengalami keadaan "ditinggalkan bas"'''''.

| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Jiran saya '''''kecurian''''' malam tadi.
| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Jiran saya '''''mengalami keadaan "hartanya dicuri orang"'''''.

| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Orang itu baru '''''kematian suami'''''.
| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Orang itu '''''mengalami keadaan "suaminya mati"'''''.

===Ayat pasif "kena"===
Ayat pasif yang menggunakan kata "kena" sebagai ganti untuk awalan "di" lebih banyak digunakan oleh orang dalam pertuturan. Bagaimanapun, bentuk pasif ini boleh juga digunakan untuk gaya bahasa sebagai pilihan lain.

{| align=center border=1 cellspacing=0

! Penggunaan "kena" || Penggunaan "di"

| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Pemandu itu '''''kena saman'''''.
| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Pemandu itu '''''disaman'''''.

| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Budak nakal itu '''''kena pukul'''''.
| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Budak nakal itu '''''dipukul'''''.

| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Pencuri itu '''''kena tangkap'''''.
| style="padding: 2px 10px 2px 10px;" | Pencuri itu '''''ditangkap'''''.

==Rujukan==
* Awang Sariyan. ''Kunci Bahasa Malaysia'', Sasbadi Sdn Bhd (1986)

[[Kategori: Tatabahasa bahasa Melayu]]