Abu Zahar Ithnin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Melbourney (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Melbourney (bincang | sumb.)
Baris 40:
Sebagai ahli politik, beliau pernah menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Rim, Jasin pada tahun 1965 dan Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin pada tahun 1976 sehingga 1978. Beliau telah menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin pada tahun 1978 dan menjadi Pengerusi Biro Pelajaran UMNO Bahagian Jasin dari tahun 1978 hingga 1986. Pada tahun 1988 beliau telah dilantik sebagai Ketua Penaja UMNO Bahagian Jasin hingga tahun 1990. Pada tahun 1990 beliau dipilih menjadi Ketua UMNO Bahagian Jasin. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Biro Pendidikan Perhubungan UMNO Negeri Melaka dan juga Pengerusi Kempen Penambahan Ahli Negeri Melaka. YAB Datuk Abu Zahar pernah dilantik sebagai Bendahari Perhubungan UMNO Negeri Melaka.
 
Kerjaya beliau sebagai Wakil Rakyat bermula apabila beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Rambai dalam Pilihanraya Umum pada tahun 1986 dan seterusnya dilantik menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka. Beliau mempertahankan kerusi tersebut dalam Pilihanraya Umum berikutnya pada tahun 1990. Pada tahun 1994, YAB Datuk Abu Zahar telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dengan memegang jawatan Pengerusi Portfolio Pertanian dan Pembangunan Desa. Pada Pilihanraya Umum tahun 1995, beliau telah berpindah kawasan dan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Merlimau (kerusi baru). Serentak itu, beliau telah diberi kepercayaan untuk menerajui Portfolio Kerja Raya dan Pembangunan Awam. Berikutan kematian Ketua Menteri ketika itu, Datuk Seri Wira Haji Mohd Zain Haji Abdul Ghani akibat angin ahmar pada 14 Mei 1997, YAB Datuk Abu Zahar telah dilantik pula untuk menjadi [[Ketua Menteri Melaka]] yang kelapan dari 23 Mei 1997 hingga 2 Disember 1999. Di peringkat persekutuan beliau pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Dalam Negeri bermula Disember 1999 hingga Mac 2004.
 
Pada Pilihanraya Umum tahun 1999, beliau telah bertanding untuk Parlimen Jasin bila mana penyandangnya Tun [[Abdul Ghafar Baba]] bertukar ke Parlimen [[Batu Berendam]]. Beliau memenangi kerusi tersebut dan ianya juga merupakan pilihanraya yang terakhir disertai beliau.
 
==Anugerah==