Pemilihan seks: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Syam Ahmed (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Syam Ahmed (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 5:
Contohnya, pada musim mengawan satu populasi katak, pemilihan seksual berlaku pabila katak jantan berkumpul di gigi air dan membuat panggilan mengawan: menguak. Katak betina yang sampai di kawasan gigi air tersebut kemudiannya akan memilih katak jantan yang mempunyai suara yang paling dalam dan kawasan mengawan yang terbaik. Secara umumnya, katak jantan yang terpilih mendapat manfaat daripada proses mengawan yang kerap dan dapat memonopoli akses kepada kawanan katak betina yang subur. Seterusnya, katak betina pula akan mempunyai bilangan zuriat yang terhad dan dapat memaksimumkan pulangan tenaga yang telah mereka gunakan dalam proses pembiakan. Konsep ini pada awalnya telah dicadangkan oleh [[Charles Darwin]] dan Alfred Russell Wallace. Mereka menghuraikan pemilihan seksual sebagai pemacu kepada proses penspesiesan. Hal ini juga menerangkan mengapa banyak organisma mempunyai ciri-ciri evolusi yang membahayakan survival mereka sendiri. Ronald Fisher kemudian telah mengembangkan konsep ini pada abad ke-20.
 
Pemilhan seksual menyebabkan ciri-ciri yang ekstrem terutamanya pada organisma jantan bagi mempamerkan 'ketegapan' mereka untuk dipilih oleh individu betina. Hal ini kemudianya menyebabkan terhasilnya dimorfisme ciri seksual sekunder seperti bulu pelepah hiasan pada burung syurgawi dan kuang, tanduk pada rusa, dan bulu leher pada singa. Dimorfisme ini terjadi disebabkan oleh mekanisma tindak balas positif oleh pasangan berlawan jantina. <ref>Cecie Starr (2013). ''Biology: The Unity & Diversity of Life'' (Ralph Taggart, Christine Evers, Lisa Starr ed.). Cengage Learning. p. 281.
</ref>Mekanisme ini dikenali sebagai Pesongan Fisher (''Fisherian runaway''). Pesongan Fisher berlaku apabila perwarisan kehendak terhadap sesesuatu trait oleh satu-satu jantina alah sama penting untuk mempunyai trait tersebut jantina. Walaupun hipotesis anak jantan seksi menyatakan bahawa satu individu betina sentiasa tertarik kepada anak jantan, Prinsip Fisher ini menerangkan mengapa nisbah jantina adalah 1:1 tanpa pengecualian. Pemilihan seksual juga didapati pada fungi dan tumbuhan.
 
Kesinambungan pembiakan seksual di dunia yang penuh persaingan ini masih menjadi misteri kepada ilmu biologi di sebalik keupayaan pembiakan aseksual yang dapat menghasilkan 50% lebih banyak zuriat. Walaubagaimanapun, satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2015 menunjukkan pemilihan seksual dapat menerangkan kelangsungan pembiakan seksual organisma hidup.