Penyiaran radio: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 219.92.121.52 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Addbot
Maklumat terkini
Baris 17:
AM merupakan sistem penyiaran terawal yang dibangunkan. AM ialah singkatan bagi [[modulasi amplitud]], iaitu kaedah menyiarkan gelombang radio dengan mengubah-ubah amplitud isyarat pembawa untuk membalas amplitud isyarat pemancar.
 
Kebanyakan negara menggunakan jalur frekuensi yang sama untuk pemancaran AM. Benua Eropah juga menggunakan jalur the [[gelombang panjang]]. Radio AM kini semakin pudar dan banyak memberi laluan kepada sistem FM. Gelombang AM biasanya dibangunkan mengikut daerah. Sebagai contoh di Malaysia Barat terdapat 16 stesen pemancar AM di seluruh daerah di Malaysia Barat. Antaranya, Kajang (Kuala Lumpu)r, Pulau Pinang, Kangar, Sungai Petani, Tronoh,(dekat Ipoh) Gerik, Johor Bahru, Melaka, Segamat, Batu Pahat, Mersing, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kuantan, Kuala Lipis, Dungun dan Jerantut. Kuasa bagi pemancar AM ada yang 50 kw (Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Tronoh di Perak, manakala yang lainnya hanya kuasa 10 Kw. Radius pemancar AM 10 kw sekitar 45 km persegi manakala 50 kw sekitar 60 kw.
 
=====Kelebihan=====
Baris 25:
Isyarat AM mudah terjejas oleh gangguan dari ribut elektrik ([[kilat]]) dan [[gangguan elektromagnet]] seumpamanya.
 
Pemancaran AM tidak boleh [[Perambatan radio|dirambatkan]] melalui [[ionosfera]] pada waktu siang kerana daya penyerapan yang kuat dalam lapisan D ionosfera. Dalam persekitaran saluran yang sesak, ini bermakna kuasa saluran-saluran setempat yang berkongsi satu frekuensi mesti dikurangkan pada waktu malam atau dipancarkan secara terus ke arah penerima untuk mengelakkan gangguan, biarpun boleh mengurangkan bilangan pendengar pada waktu malam. Sesetengah stesen menggunakan frekuensi yang tidak dikongsi dengan stesen lain di Amerika Utara, iaitu [[stesen saluran jelas]] (''clear-channel station'') yang selalunya boleh diperdengarkan di seluruh negara pada waktu malam. Pada waktu malam, ionosfera tidak lagi menyerap, sebaliknya membolehkan isyarat bersiaran ke jarak yang lebih jauh melalui pantulan ionosfera. Walaupun begitu, isyarat boleh menjadi lemah pada waktu malam dan ketika hujan. Pancaran gelombang juga mungkin terputus karena menara pemancar terkena kilat. Gelombang AM hanya dapat memberi siaran yg jelas hanya dalam radiusnya sahaja. Kawasan yang terkeluar dari radius akan mengalamagi gangguan yang ketara pada waktu hujan dan ribut petir dan pada waktu malam. Sebagai contoh, pemancar AM dari JohorBahru hanya memberi liputan siaran yang baik bagi daerah Johor Bahru dan radius di bawah 60 km dari stesen pemancar. Daerah Kluang yang berada diluar radius akan menerima siaran yang agak buruk pada waktu malam. Mulai tahun 1990 penutupan stesen pemancar AM di Malaysia dilakukan secara berperingkat setelah gelombang FM mula beroperasi. Mulai tahun 1994 semua stesen AM di Malaysia telah ditutup kecuali di Kuala Lipis masih menggunakan gelombang ini keran perkhidmatan FM belum lagi digunakan. Hari ini semua siaran radio di Malaysia telah menggunakan gelombang FM dan tiada lagi penggunaan gelombang AM.
 
====FM====